Kerajaan Malaysia Tidak Gagal Jaga Kebajikan Rakyat

140

Oleh : Afiq Fahmi

DUNGUN- Semenjak tahun lepas Kerajaan Malaysia tidak pernah gagal dalam menjaga kebajikan rakyat melalui siri-siri Pakej Rangsangan Ekonomi yang telah diperkenalkan.

Yang Dipertua PAS Dungun, YB Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata, bahkan Malaysia adalah negara pertama di dunia melaksanakan inisiatif moratorium untuk membantu meringankan beban dialami rakyat.

“Ini menunjukkan kerajaan kita cakna dalam memahami kesusahan dan kesulitan yang dihadapi oleh rakyat.

” Namun dalam mengambil kira pelbagai faktor semasa, saya mencadangkan agar dilakukan penambhabaikan terhadap bantuan berkenaan.

“Iaitu memohon pengurangan kadar faedah atau keuntungan dan pemberian moratorium kepada pinjaman daripada institusi non-bank seperti syarikat kredit lain,” ujarnya.

Ahli Parlimen Dungun itu berkata demikian ketika berucap membahaskan Usul Titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, pada Persidangan Dewan Rakyat, di Kuala Lumpur pada Isnin, 20 September.

Selain itu katanya, bantuan menerusi Bantuan Pemulih 2021 dan program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) perlu dilakukan penambahbaikan.

“Diantaranya menerusi ‘Program Prihatin Kasih’ daripada RM 100 perlu dinaikkam kepada RM 200 sehingga tempoh enam bulan melibatkan 300 ribu keluarga miskin.

“Pengurangan bayaran pembaharuan ‘pasport’ diberikan kepada pemegang yang ingin memperbaharuinya mengikut tempoh yang dipohon bagi mengurangkan beban pihak terbabit.

“Disamping itu juga pemberian bantuan secara ‘one-off’ kepada guru-guru Maahad Tahfiz, Sekolah Agama Rakyat, institusi pondok dan pra-sekolah yang terjejas serta bantuan per kapita perlu diberikan kepada pelajar-pelajar,” ujarnya lagi.