Kerajaan Kekalkan Bayaran Premium Asal ‘Tanah Terkilan’

121

Oleh : Amirullah Mansor

DUNGUN – Kerajaan PAS Terengganu prihatin dengan nasib para peserta ‘terkilan’ Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) dan memutuskan untuk mengekalkan bayaran premium asal yang dikenakan 20 tahunblalu.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Negeri Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, pentadbiran negeri mengetahui, mereka telah menghabiskan banyak wang keatas tanah terbabit.

“Jadi kita berbincang dengan kerajaan untuk mengekalkan bayaran premium tanah mengikut harga semasa dahulu iaitu dalah sekitar RM1100 lebih sahaja,” jelasnya.

Ustaz Satiful yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) kata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Geran Tanah Terkilan Dewan Undangan Negeri(DUN) Paka di Dewan Sivik Paka pada Khamis, 25 Mac.

Menurutnya, seramai 81 orang penerima yang terdiri 41 orang peserta dari RTB Terkilan Cherong Melintang dan 40 orang peserta dari RTB Terkilan Beril.

“Ini merupakan program pertama yang melibatkan pemberian geran bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka dan baki-baki yang tinggal tu kita akan selesaikan sedikit demi sedikit dengan segera,” katanya.

Katanya, untuk mengeluarkan sekeping geran terpaksa melalui pelbagai proses sebelum diserahkan kepada peserta.

“Tetapi beruntunglah bagi mereka yang tergolong peserta terkilan ini kerana termasuk di dalam keputusan khas kerajaan negeri yang dikatogerikan peserta terkilan 1999 – 2004, maka proses tidak begitu panjang,” jelasnya.