KUALA NERUS – Kerajaan Barisan Nasional (BN) membelanjakan duit rakyat daripada hasil Sistem Cukai dan Perkhidmatan (GST) menyebabkan poket rakyat ‘miskin’.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS, Ustaz Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali berkata, Ini adalah ketidak adilan ekonomi yang perlu dihapuskan segera dan kezaliman kerajaan yang memerintah pada hari ini.
“Rakyat terpaksa membanting tulang membayar GST kepada kerajaan BN dan lebih malang hasil pendapatan GST pula ditiriskan menerusi projek pembangunan,
“Dengan kos sesebuah pembangunan dilipat gandakan untuk membayar kepada pelbagai pihak yang melobi projek,” katanya.
Beliau yang juga calon P035 Kuala Nerus berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai GST yang membebankan rakyat pada Ahad, 29 April.
Katanya, beliau mendapat aduan peniaga terpaksa membayar cukai GST RM1000 sebulan kerana menjual putu mayam sedangkan peniaga pasar malam tidak akan mengenakan GST kepada pelanggan mereka
Dan ertinya, kaya beliau, keuntungan mereka telah dirompak oleh kerajaan Barisan Nasional.
“Program kuliah Subuh di sekitar Parlimen Kuala Nerus telah menjadi rutin Dr Takiri sejak menjadi Ahli Parlimen pada 2013 dan ia diikuti dengan sesi minum pagi dengan rakyat dan ziarah,
“Dan demikianlah rutin itu diteruskan lagi pada hari-hari terakhir kempen pilihan raya umum (PRU) ke 14 dengan mensasarkan masyarakat sekitar Kampung Petaling, DUN Tepoh,” ujarnya.
Tambahnya lagi, beliau berkuliah subuh di Surau Petaling dengan membawa tajuk kekayaan Firaun yang digunakan untuk mengelirukan rakyat daripada menerima dakwah Musa alaihissalam.
“Seterusnya minum pagi di dua buah kedai kopi memberi peluang beramah mesra dengan lebih 60 rakyat setempat,
“Kemudian sesi ziarah pagi ini mempertemukan beliau dengan pesakit ‘stroke’,
“Dan dengan kelebihan ilmu perubatan Islam yang dipelajari oleh beliau daripada guru ketika di Jordan serta berbekalkan titipan ilmu perubatan ketika mendampingi dua tokoh perubatan Islam Malaysia iaitu Dato Tuan Guru Harun Din dan Dato Ismail Kamus, ia digunakan sepenuhnya bagi berkhidmat merawat pesakit tersebut,” jelasnya.
Malah katanya, ketika sesi minum pagi beberapa penduduk menghulurkan air untuk dijampi oleh Dr Takiri dengan Ruqyah Syariyyah.
“ketika menziarahi rakyat salah seorang bapa berkata, jangan bimbang Ustaz… insya Allah kami sekeluarga bersama dengan sembilan orang anak akan bersama dengan PAS kali ini,” katanya lagi.










