Oleh: NM
Hampir tiga jam sistem telikomunikasi lumpuh, sejurus pengumuman keputusan Kemenangan Presiden Pas di sekitar Kompleks Sukan Kuala Selangor tempat berlangsungnya Muktamar PAS kali ke-61.
Ini oleh kerana penggunaan akses internet sangat tinggi apabila peningkatan jumlah orang yang ingin berkongsi maklumat mutakhir keputusan pemilihan Presiden PAS bagi sesi 2015-2017.
Ustaz Hadi Awang terus diberi kepercayaan untuk memacu Pas menghadapi PRU 14 dengan sokongan yang padu apabila 81% perwakilan memberi mandat yang selesa dan lesen besar Saf kepimpinan Ulamak untuk membawa gagasan Islam ke Putrajaya.
DAP dilihat antara penyumbang polulariti golongan ulamak meningkat dan diterjemahkan dalam keputusan undi kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebagai seorang tokoh Ulamak dunia.
Serangan melampau dan hinaan yang dibuat oleh pemimpin utama Dap terhadap Tuan Guru Haji Abdul Hadi juga dilihat memberi kesan yang besar terhadap sokongan perwakilan, Dap mungkin lupa sensitivi orang melayu Islam tidak boleh menerima hina golongan ulamak, seperti juga orang-orang cina yang memandang tinggi sami-sami Budha.
Tindakan Ngo Pasma yang banyak melanggar kawasan-kawasan Pas juga telah menyebabkan pengukuhan Parti Pas di Kawasan dan cawangan bertambah kukuh. Pasma mungkin terlepas pandang apabila mereka ketengahkan bekas pimpinan Pas yang bermasalah dikawasan itu sebagai tonggak pemacu Pasma.
Ada sesetengah tempat, pimpinan PKR yang menggerakan kelangsungan Pasma ini dan dilihat sebagai produk negerif oleh ahli kebanyakan Pas disemua peringkat.
Tokoh kepimpinan Ulamak dari golongan pemuda juga telah menjadi pilihan dan sekaligus menafikan andaian sebelum ini golongan pemuda sudah menolak kepimpinan Ulamak.
Dengan kemenangan Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz memimpin golongan teramai ini yang bergandingan dengan Ustaz Muhamad Khalil Abdul Hadi, pemuda pas telah dibarisi tokoh ulamak muda dan dilihat satu gandingan yang serasi menghadapi pengundi muda seluruh Malaysia dikala Barisan Nasional berada di situasi sangat lemah.
Satu perkara yang mengejutkan persekitaran politik tanah air ialah merujuk tindakan Dewan Ulamak Pas telah membawa usul ke Muktamar untuk mendesak Pas memutuskan hubungan dengan Dap dan Pas akan kekal dalam Pakatan Rakyat dan PKR.
Apa pun masih terlalu awal untuk menilai Saf kepimpinan baharu Pas ini untuk melihat kesepakatan dan keserasian digabung jaling agar Pas diyakini mampu memberi tekanan yang berimpak tinggi kepada Barisan Nasional.
Percaturan dan kehendak sebahagian besar ahli telah dizahirkan dan umum menanti produk baharu dari Saf kepimpinan gerakan Islam tunggal di Malaysia sebagai wadah parti bertunjangkan Islam dan persoalan mampukah Pas meniti sokongan Rakya Malaysia di alaf Siber ini.










