Keputusan Pembubaran Parlimen Dibincangkan Di peringkat Kabinet

293

KUALA TERENGGANU – Keputusan pembubaran Parlimen perlu dibincangkan di peringkat Kabinet memandangkan BN bukan lagi gabungan yang membentuk kerajaan secara bersendirian.

Perdana Menteri Perdana Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemimpin Umno boleh berbincang apa sahaja tetapi kesemua pemimpin boleh mengemukakan apa sahaja pandangan, namun keputusan akhir untuk membubarkan Parlimen adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Ya, rakyat perlu diberi peluang untuk memilih kerajaan baharu, sebab dah berubah tiga (kali) kerajaan. Ada yang mengiktiraf, ada yang tak mengiktiraf, lebih baik pulangkan balik mandat ini kepada rakyat.

“Tetapi isu pun banyak yang saya kata perlu diselesaikan… dari segi ekonomi, pendapatan, pekerjaan.”

“Top Five (pemimpin Umno) boleh bincang apa saja… kalau saya bawa ke Kabinet, Kabinet setuju untuk pilihan raya, bila tarikh sekian untuk saya bubarkan, saya bawa kepada (Yang di-Pertuan) Agong, (Yang di-Pertuan) Agong tak setuju… tak jadi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada temu bual Inspirasi Setahun Keluarga Malaysia bersama Perdana Menteri di Seri Perdana, yang disiarkan secara langsung, semalam

Kerajaan Persekutuan pimpinan Ismail Sabri, yang dibentuk pada Ogos 2021, adalah kerajaan campuran BN, PN, Gabungan Parti Sarawak.