Keputusan Bantahan Awal Petisyen Pilihanraya 12 Februari ini

264

KUALA TERENGGANU : Keputusan bantahan awal dua Petisyen Pilihanraya UMNO Terengganu akan diketahui pada 12 Februari ini masing-masing di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dan melalui sidang video aplikasi Zoom.

Petisyen Pilihan raya Parlimen Marang dan Parlimen Kemaman itu di kemukakan oleh UMNO Terengganu pada 3 Januari lalu melangkaui tempoh 28 hari dari tarikh dakwaan sogokan oleh mereka yang didakwa sebagai ajen responden.

Bantahan dibuat masing-masing di hadapan Hakim Dato Hassan Abd Ghani dan Hakim Datuk Mohammad Abazafree Mohd Abas.

Kedua-dua petisyen itu dibuat bantahan awal oleh peguam responden masing-masing Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Saifuddin Othman.


Kedua Pempetisyen diwakili Peguam Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun, Datuk Abu Bakar Isa Ramat dan Muhamad Baharudeen Muhamad Arif.

Kedua-dua pempetisyen membuat dakwaan kononnya berlaku penyogokan kepada pengundi di kawasan parlimen melalui program bantuan, i-Fitri, i-siswa dan i-Belia.

Tan Sri Abdul Hadi Awang dipilih sebagai Ahli Parlimen Marang dalam Pilihan raya Umum Ke 15 (PRU15) dengan majoriti besar lebih 41,000 undi.

Manakala Che Alias Hamid dipilih sebagai Ahli Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi mengalahkan Dato’ Seri Ahmad Said.
Tamat.