Oleh : Wan Hasrina Wan Hassan
Barisan kepimpinan DMPP sesi 2015/17 yang telah pun diumumkan menampilkan kepelbagaian latar belakang pendidikan & profesion. Di antara dua puluh lima orang aktivis muslimat yang telah dipilih :
a. 27% adalah dari Asatizah (agamawan)
b. 33% adalah dikalangan professional (doktor falsafah, doktor perubatan & pengamal undang-undang)
c. 40% dari separa professional yang merupakan aktivis parti
02. Gandingan kepimpinan yang seimbang ini diharapkan dapat membawa DMPP ke arah masa depan politik yang lebih mencabar dan inklusif.
03. DMPP juga menonjolkan pakar motivasi dan empat muka baru Dr Wahibah menumpukan aspek tarbiyyah, Dr Wan Maseri mengendalikan bidang penyelidikan dan pembangunan, Dr Hani Ali bertanggungjawab bidang pengurusan IT sementara Dr Azimah bidang undang-undang dan perundangan Islam di mana mereka ini adalah merupakan doktor falsafah.


05. Lapan orang wanita muda akan memberi platform yang baik kepada golongan remaja untuk berpatisipasi sesuai dengan citarasa jiwa remaja.
06. DMPP akan meneruskan usaha-usaha mengarusperdanakan gerakan muslimat dalam menangani semua aspek yang melibatkan wanita terutama institusi keluarga, pendidikan, kemasyarakatan, politik dan ekonomi.
07. Kabinet kali ini juga mempunyai keseimbangan peringkat umur di mana:
a. 33% adalah berumur 26 -39 tahun
b. 30% berumur 40-49 tahun
c. 37% berumur 50 tahun ke atas
08. Gandingan kepimpinan dari pelbagai latarbelakang dan peringkat umur ini meletakkan DMPP sebagai wadah yang menghubungkan PAS dengan semua peringkat generasi terutama yang muda remaja seperti Gen-3, Gen-X dan Gen-Y.
09. DMPP melahirkan perasaan dukacita terhadap satu berita yang tidak bertanggungjawab dalam The Malaysian Insider (TMI) 30 Jun 2015 yang bertajuk “Wanita PAS “Buang” Golongan Progresif…”.
10. Berita ini tidak benar sama sekali. DMPP bersifat terbuka dengan menawarkan mantan ketua DMPM, YB Siti Zailah untuk bersama-sama kepimpinan baru dan menggerakkan DMPP menuju mercu.
11. Pihak kami mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih yang tidak terhingga di atas usaha gigih dengan pencapaian yang memberangsangkan sepanjang kepimpinan YB Kak Lah.
12. Semoga Allah SWT menilai dan memberikan ganjaran yang sebaik-baiknya sebagai bekalan menuju akhirat.
****Ustazah Wan Hasrina Bt Wan Hassan ialah Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia yang juga Ketua Muslimat PAS Negeri Selangor
14 Ramadhan, 1436H/ 01 Julai, 2015





























