PAS menegaskan penyelesaian kepada permasalahan ekonomi negara melalui beberapa gagasan yang di dokumenkan dalam ‘Dokuman Hjau’.
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki Dokumen Hijau Siri Pertama ini berkisar di atas tema “Gagasan PAS dalam Menyelesaikan Permasalahan Ekonomi Negara”.
Di dalam siri pertama ini, beberapa polisi yang pratikal berasaskan Sistem Pemerintahan Islam dikemukakan bagi menyelesaikan beberapa kemelut ekonomi yang ditimbulkan dalam Bajet 2016 yang lalu, kata beliau.
Antara penegasan dalam kandungan Dokumen tersebut adalah sebagaimana dasar PAS terhadap percukaian negara terutamanya berkait dengan cukai GST.
Cukai mestilah diambil daripada lebihan golongan kaya untuk diagihkan kepada golongan miskin, buka sebagaimana pelaksanaan GST yang mengenakan cuka kepada semua golongan dan timgkat hidup rakyat.
Prinsip PAS itu adalah berdalilkan kepada sabda Rasulullah S.A.W. kepada Muaz Bin Jabal r.a. ketika baginda menghantarnya sebagai Gabenor di Yaman. Sabda Baginda S.A.W. :
“ Beritahulah kepada mereka (penduduk Yaman) bahawa Allah telah mewajibkan mereka membayar zakat (cukai Islam) pada harta-harta mereka, ia diambil daripada golongan kaya mereka untuk diagihkan kepada golongan miskin mereka.” (Riwayat al-Bukhari).
Diriwayatkan juga daripada Ali bin Saeed Al-Kindy :“ Telah datang kepada kami pengurus zakat (cukai Islam) yang dihantar oleh Nabi S.A.W. . Beliau telah mengambil cukai tersebut daripada orang kaya kami dan diagihkan kepada orang-orang miskin di kalangan kami juga. Waktu itu aku adalah anak yatim, maka ia telah mengagihkan kepada ku seekor unta muda.” (Riwayat al-Tarmizi).
Dalam konteks Belanjawan Negara 2016, golongan miskin dikehendaki membayar pelbagai cukai seperti GST, cukai import (yang telah dipindahkan oleh pengimport ke dalam harga barangan pengguna) dan lain-lain jenis cukai.
Cukai-cukai ini disatukan dan disalurkan sebahagiannya sebagai modal kepada golongan korporat melalui bon, sukuk dan lain-lain, manakala manfaat yang diperolehi oleh golongan miskin adalah pada nisbah yang amat kecil.
PAS mendapati, mekanisma pelaksanaan GST yang mengenakan cukai secara menyeluruh kepada semua rakyat termasuk golongan fakir dan miskin, adalah bercanggah dengan prinsip Islam.
Selain itu, masalah kemiskinan dan tragedi ‘bankrap dunia’ yang sibuk di viralkan dalam media sekarang, mampu diselesaikan dengan saranan Menaikkan Taraf Golongan Miskin dan Penurunan Kos Sara.
Sasaran Utama Sistem Ekonomi Islam adalah menyelesaikan keperluan seharian rakyat menurut kaedah Pengurusan Ekonomi Islam.
Kerajaan mesti mengangihka 25% daripada hasilan cukai dan 1/6 hasilan bumi adalah diutamakan untuk kepada golongan miskin.
Kesemua ini bertujuan bukan sahaja untuk memberikan kuasa beli kepada rakyat secara keseluruhan, tetapi juga bertujuan untuk memberikan kuasa modal kepada mereka.
Ini difahami daripada kaedah cukai Islam yang mensyaratkan nisab sebagai permulaan pengiraan kutipan cukai.
Nisab ini dianggap sebagai minimum perbelanjaan yang sangat asasi bagi keperluan seseorang individu selepas ditolak semua kos keperluan-keperluan lain.
Salinan ‘Dokumen Hijau’ boleh dinuat turun melalui capaian berikut; Dokumen Hijau – Gagasan PAS Menyelesaiankan Masalah Ekonomi Negara










