Oleh : Najmiah Kasim
Himpunan Ameerah Negeri Terengganu Kali Pertama (HAMRA 1.0) telah menjadi satu bukti yang bersejarah bagi wanita muda.
Sebuah cetusan yang memberi impak bahawa pergerakan muslimat muda dan mampu untuk melakar imej perjuangan Islam, mengumpulkan seluruh seluruh jentera pemudi di segenap kawasan di negeri erengganu ini.
Perkarangan Masjid Pengadang Baru menjadi saksi kepada kekuatan serikandi Islam ini.
Hari Sabtu, 11 Febuari 2017 menjadi tarikh keramat untuk mereka berkumpul dan bersua muka, tidak mengira usia.
Pelbagai pengisian dan aktiviti yang diadakan disini.


Walau hujan yang begitu lebat sekali menyirami tubuh mereka tetapi tetap dan tidak berganjak dan melangkah lari ketika itu, bahkan semakin kental dan bersemangat.
Suasana kemeriahan disini semakin terasa dengan pelbagai acara dan aktiviti, dalam pelbagai bentuk.
Antaranya, rawatan kesihatan percuma dan perubatan syifa’, pendaftaran ahli PAS turut dibuka juga kaunter SPR, merancakkan lagi suasana pogram ini.


Manakala selepas usai solat zohor telah diadakan talkshow bersama tiga penalis berjaya di dalam dunia usahawan antaranya pengasas RD Beuty iaitu Datin Norhayati Abd Malek, Faunder EZ Clean Dato’ Suhaili Yosof dan CEO CVU Ipata Steamboat And Grill Cik Nurul Syafiqah Izzati Zawawi.
Pelbagai ramuan dan bahan yang diajar mengenai ilmu perniagaan. “Jatuh bangkit itu lumrah kehidupan, yang penting usaha dan yakin” ujar Kak Tie.
Di sebelah petang pula peserta diisi dengan hiburan yang mendidik jiwa iaitu pentas muzikal.
Antara artis yang dijemput ialah kumpulan KT Busker, Soutul Iman dan Ustaz Ahmad Muzani.
Ditambah lagi dengan pertandingan mewarna di kalangan kanak-kanak, tidak dilupakan untuk remaja pertandingan ‘explorace’ Ilmi.


Justeru, para pengunjung juga tidak putus-putus memenuhi, tiba untuk memberi sokongan kepada Ameerah.
Dengan cuaca yang mendung dan udara yang sejuk, dengan teletah badut penjual belon, yamencuit hati anak-anak kecil, begitu kelakar sekali.
Tidak ketinggalan juga peniaga-peniaga yang mengambil peluang untuk mempromosikan produk-produk dan makanan mereka kepada pelanggan.
Bukan sahaja dipenuhi acara lahiriah, malah ‘santapan rohani’ juga mendapat impak yang sama, tatkala maghrib membuka jendela, manusia berlari untuk mengejar dan mengisi peluang untuk santapan rohani yang disampaikan oleh Ustaz Sheikh Hanafi.


(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ)
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. [Surat Aal-E-Imran 102]
Indahnya ukhuwwah di dalam berjemaah.
Tidak kenal rupa dan pangkat, saling bermuhibah sesama mereka. Disini kami berhimpun dan bersaudara, bukan tujuan dunia semata-mata tetapi akhirat yang selamanya.




























