Oleh : Syaifullah
BESUT – Kemerdekaan adalah satu hari yang di impikan oleh setiap manusia, kerana Allah jadikan setiap manusia yang perlukan kebebasan.
Setiausaha Majlis Syura Ulamak Dr. Ustaz Nik Zawawi Salleh berkata Islam mengarahkan kita supaya membebaskan aqidah daripada sebarang anutan lain, samada Timur dan Barat.
“Dalam Islam, kita mesti merdeka daripada setiap belenggu penjajah dan yang paling penting kita perlu bebas daripada penjajahan akidah atau penjajahan agama itu sendiri.,
“dalam dunia moden pada hari ini kita lihat masyarakat Islam masih lagi dijajah oleh bukan Islam. Sistem hidup perundangan Islam masih lagi tidak dilaksanakan dalam kalangan umat Islam.
“Apabila kita menyambut hari kemerdekaan ini, perlu kita ingat selain daripada kemerdekaan daripada sudut ketenteraan, kita juga perlu ingat kemerdekaan yang hakiki adalah apabila umat Islam dapat melaksanakan setiap hukum yang diturunkan oleh Allah dalam al-Quran,” tegasnya.
Ahli Parlimen Pasir Puteh itu berkata demikian, mengulas sambutan ulangtahun ke-61 kemerdekakaan tanah air, ketika ditemui di Majlis Korban Perdana Kompleks Pendidikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (KODIM), di sini hari ini, 23 Ogos.
Dalam masa yang sam, kata beliau, umat Islam wajib memerdekakan diri daripada amalan perundangan yang diperkenalkan oleh penjajah.
Justeru, sebagai umat Islam di negara ini, beliau menyeru agar menghayati hari kemerdekaan daripada sudut Islam supaya umat Islam lebih disegani .
Turut hadir pada majlis Qurban Perdana di KODIM ialah pegawai Pengarah MTD Kuala Besut, Haji Azbi Salleh dan Ketua Penerangan PAS Besut, Ustaz Zulkifli Kadir.











