Kemerdekaan Anugerah Allah, Wajar Disyukuri

386

KUALA TERENGGANU- Kemerdekaan negara adalah satu anugerah daripada Allah SWT yang wajib disyukuri oleh seluruh rakyat Malaysia.

Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kesyukuran terhadap nikmat tersebut tidak hanya dizahirkan dengan melaungkan slogan “Merdeka”, sebaliknya dengan mengenang dan menghargai pengorbanan pejuang terdahulu.

“Bersyukur dengan kemerdekaan bukan sahaja dengan melaungkan slogan Merdeka, tetapi dengan kita mengingati perjuangan datuk, nenek moyang kita yang telah menumpahkan darah dan keringat mereka (demi membebaskan tanah air) ,” ujarnya dalam satu kenyataan sempena Hari Kemerdekaan ke-68.

Beliau turut menyeru seluruh rakyat untuk menzahirkan rasa syukur dengan mengisi kemerdekaan ini melalui ketaatan kepada Allah SWT serta usaha membangunkan negara dengan nilai Islam dan akhlak yang mulia.

“Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-68, Merdeka, Merdeka, Merdeka,” katanya.