Terengganu, Malaysia
Pendapat

Kembalikan Kehebatan Unit Amal DUN Jabi

Kembalikan Kehebatan Unit Amal DUN Jabi

Oleh : Dr Azman Ibrahim

Ketika saya baru balik dari perantauan pada tahun 1999 dulu menjelang PRU ke 10, DUN Jabi memiliki satu lapisan pemuda yang hebat menyertai Unit Amal. Komandan Unit Amal Setiu pada masa itu, Saudara Azlin Jaafar juga dari Jabi. Saya yang baru mula kembali bertatih dalam arena politik tanahair sangat teruja untuk bekerja bersama mereka walau tanpa sebarang jawatan dalam parti.

IMG-20150111-WA0042Beberapa tahun kemudian atau lebih tepatnya selepas kembalinya BN berkuasa di Terengganu pasca PRU 2004, sebilangan besar dari pemuda Jabi mula mengucapkan sayonara kepada usia pemuda. Pemergian secara serentak beramai-ramai ini meninggalkan ruang lompang yang memerlukan masa untuk diisi kembali. Lompang dalam pemuda juga sekaligus meninggalkan ruang kosong dalam Unit Amal Dun Jabi. Pasca PRU 14 juga menyebabkan ramai anak-anak muda Jabi yang merantau keluar mencari kehidupan baru.

Ini menyebabkan satu generasi pemuda baru perlu disusun dan dikaderkan sebagai sayap pemuda bagi memikul amanah perjuangan Islam di DUN Jabi. Ianya memerlukan tempoh masa yang agak panjang.

Alhamdulillah… benih yang disemai telah menumbuhkan pohon-pohon perjuangan yang subur dan berakar teguh. Kini Pemuda PAS Dun Jabi telah meninggalkan zaman-zaman lesu dimasa lalu untuk menjadi iktibar. Anak-anak muda yang bersemangat kini telah bersedia berada di saf hadapan menzahirkan kesedian untuk bekerja demi Islam. Sebahagian besar cawangan di DUN Jabi telah mempunyai pemuda cawangan pemuda yang aktif dan berfungsi. Isyarat dari kebangkitan anak-anak muda generasi baru.

Susulan dari itu, pada hari Khamis 8 Januari 2015 mencatatkan sejarah baru Pemuda PAS Jabi apabila Timbalan Pengarah 3 Unit Amal Malaysia, Ustaz Saiful Ambia Darrusa telah merasmikan penubuhan Unit Amal Dun Jabi dalam satu majlis yang sederhana tetapi sangat bermakna.

IMG-20150111-WA0041Saudara Zulkifli Suhaimi dilantik sebagai Komandan bagi memimpin kira-kira 30 orang anggota Unit Amal DUN. Walaupun baru ditubuhkan dan baru dirasmikan Khamis lepas, sebenarnya Unit Amal Jabi telah mencurahkan khidmat yang berkesan sepanjang operasi banjir baru-baru ini. Mereka telah keluar kampung, masuk kampung mengharungi air banjir bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir.

Majlis ini turut dihadiri Saudara Wan Abdul Hakim, Setiausaha Jabatan Amal Terengganu, Saudara Fakhruddin, Penolong Setiausaha Jabatan Amal Terengganu dan Abu Sufian Ibrahim, Komandan Unit Amal Setiu serta pimpinan-pimpinan DUN Jabi.
Sempena majlis ini juga Unit Amal DUN Jabi telah menerima sumbangan water jet bagi kerja-kerja pembersihan pasca banjir yang disumbangkan oleh seorang dermawan.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan