Kelantan Serah Sumbangan Kepada Pulau Pinang

1877

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Kelantan telah menyerahkan sumbangan wang bantuan sebanyak RM 50,000 kepada kerajaan negeri Pulau Pinang yang sedadng menghadapi musibah dilanda banjir.

Timbalan Pengarah Kidmat Pengurusan Kecemasan Dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) Dr Azman Ibrahim berkata, disamping sumbangan wang tersebut, kira-kira 30 tan makanan.

Katanya, barangan keperluan harian yang berjaya dikumpulkan dari orang ramai itu disampaikan terus kepada mangsa banjir.

“Walaupun sumbangan yang dibawa tak seberapa namun kita datang dengan senyum mesra, dan operasi bantuan banjir Khidmat Malaysia ini akan berterusan sehingga banjir surut,”katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS berkata demikian ketika ditemui di Bilik Gearakan Banjir Pulau Pinang, Pongsu Seribu, di sini pada Isnin 6 November.

Menurutnya, sumbangan kewangan untuk mangsa banjir diterima oleh Pegawai Kewangan Kerajaan negeri, Dato’ Sarul Bahiyah bertempat di bangunan DUN Pulau Pinang.

Sehubungan itu, EXCO Kerajaan Kelantan, YB Hajah Mumtaz berkata, walaupun sumbangan ini tak seberapa, ia sebagai rasa bersama dan simpati rakyat Kelantan atas musibah yang menimpa rakyat Pulau Pinang.

Beliau turut mengucapkan takziah dan rasa simpati dirakamkan kepada semua mangsa banjir.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri, YB Dato’ Abdul Rashid Hasnon dan EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Chong Eng serta EXCO Kerajaan Kelantan, YB Hajah Mumtaz Md Nawi mewakili Kerajaan Negeri Kelantan.

Turut serta pada majlis ringkas itu ialah Timbalan EXCO Kerajaan Kerajaan Kelantan, YB Hajah Wan Ubaidah Omar, selain Setiausaha Politik MB Kelantan, Ustaz Wan Roslan Wan Hamad serta Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, Tuan Said Hj Sidup.

YB Dato’ Abdul Rashid mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang dihulurkan oleh Kerajaan Kelantan itu.