Kekal Tenang Hadapi Kemelut Politik

152

KUALA TERENGGANU- Rakyat Malaysia khususnya ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) diminta agar kekal Tenang menghadapi Kemelut Politik yang sedang berlaku pada ketika ini.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS serahkan kepada pimpinan dan rakan-rakan komponen Perikatan Nasional (PN) untuk membuat keputusan terbaik dalam usaha mengekalkan keharmonian dalam negara.

“Saya minta agar menteri juga ahli PAS agar teruskan munajat dan berdoa kepada Allah SWT agar diilhamkan Jalan dan petunjuk agar situasi yang berlaku ini dapat diuruskan dengan baik, ” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melalui laman sosial rasminya, pada Hari ini.

Katanya, penting untuk setiap pendokong parti memilki keyakinan bahawa apa yang berlaku pada ketika ini mengandungi hikmah yang tersendiri.

“Tetapi Kita yakin apa yang Allah aturkan adalah yang terbaik dengan beriman kepada qada dan qadar .

“Apa yang berlaku telah ditetapkan semenjak azali namun dirahsiakan oleh Allah agar Kita berusaha dan bekerja untuk mendapatkan ganjaran pahala diatas kerja yang Kita buat,”katanya.

Beliau juga turut mengingatkan agar setiap ahli parti pada ketika ini perlu merujuk sumber yang tepat mengenai perkembangan terkini yang sedang berlaku ekoran peletakan jawatan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Agar tidak termakan dengan fitnah daripada laporan pihak media yang tidak bertanggungjawab melaporkan perkara yang tidak betul ataupun sengaja merekan cerita dengan niat bagi menimbulkan suasana yang tidak harmoni dalam masyarakat,”tegasnya.