Idris yang terkenal hebat dengan pelbagai slogan rupa-rupanya membuat beberapa keputusan yang merugikan rakyat Terengganu kerana sifatnya yang mahukan sesuatu dilaksanakan segera.
Justeru beberapa keputusan yang dibuat oleh kerajaan pimpinannya adalah tergesa-gesa tanpa kajian yang mendalam
Idris telah mencadangkan RM 14 juta juta diperuntukkan untuk meningkatkan taraf pengangkutan Awam di negeri ini dengan membeli bas-bas baru.
Pada masa sama juga sebuah anak syarikat telah ditubuhkan dan diperbadankan di bawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) yang diberi nama ’Cas Ligas Sdn Bhd’.
“Syarikat ini akan bertindak sebagai pengendali kepada perkhidmatan bas Bandar dan bas antara daerah. Ia diberi nama ”Cas Ligas”.”
“Nama ”Cas Ligas” dipilih bagi menggambarkan dinamisma dan semangat orang Terengganu. ”Cas Ligas” – mesra, dinamik, efisien.”kata Idris dengan bangga.
Menurut Ahmad, kerajaan negeri akan mengkaji semula cadangan awal bagi mewujudkan satu sistem perkhidmatan bas di negeri ini yang bakal dikendalikan anak syarikat kerajaan negeri memandangkan timbul beberapa masalah atau implikasi mengenai perancangan berkenaan.
Beliau berkata pihaknya perlu mengadakan kajian semula mengenai perkara itu memandangkan timbul bantahan daripada pengusaha-pengusaha bas sedia ada yang khuatir pendapatan mereka terjejas serta beberapa faktor lain.
“Kerajaan negeri berhadapan dengan risiko kerugian sekiranya cadangan awal perkhidmatan bas itu diteruskan kerana kita perlu mewujudkan laluan baru bagi tujuan terbabit. Hal ini kerana risiko tidak mempunyai ramai penumpang di laluan baru perlu diambil kira tambahan pula kebiasaannya penumpang bas ini bermusim.
“Kita telah menerima 20 buah bas baru-baru ini untuk perkhidmatan pengangkutan awam dari daerah ke daerah dan enam buah bas lagi bagi perkhidmatan dalam bandar yang membabitkan kos sebanyak RM10 juta,” katanya
Mengulas lanjut, Ahmad memberitahu bahawa daripada jumlah bas yang dinyatakan tersebut, kerajaan negeri bercadang untuk menyerahkan bas-bas berkenaan kepada jabatan-jabatan kerajaan yang memerlukannya.
’Putih mata’ rakyat Terengganu untuk melihat bas-bas yang cantik beraksi dijalanraya !