Menteri Besar Terengganu Darul Iman
Saya telah dilabel dan ditandai sebagai “TCO” dalam sistem kawalan sempadan, oleh satu pihak cawangan khusus. Seolah-olah saya ini adalah seorang penjenayah berbahaya, dikaitkan dengan satu sindiket dan gangster,atau persona non grata – di tanah air saya sendiri.
2. Sudah tentu saya sangat kecewa dengan keadaan ini. Ia bukan sekadar label, tetapi saya di “tahan” dan dibawa ke tepi, satu panggilan akan dibuat
dan perlu mendapat persetujuan satu cawangan khusus sebelum dibenarkan
keluar dari kawalan sempadan, untuk setiap kali keluar-masuk sempadan,
walaupun sekadar ke Sabah dan Sarawak sejak suku ketiga tahun 2024.
3. Dalam sistem keselamatan negara, “TCO” merujuk kepada “Travel Control
Office/ Order” oleh pihak berkuasa – satu bentuk penandaan terhadap
individu yang dianggap berisiko oleh pihak tertentu, walaupun tanpa sebarang
kesalahan dibuktikan secara sah.
4. Status ini membolehkan segala pergerakan, komunikasi, dan interaksi
seseorang dipantau secara menyeluruh, senyap, dan berterusan. Iadilaksanakan atas nama “untuk keselamatan negara” atau “untuk kestabilanpolitik”, tetapi realitinya sering digunakan sebagai alat politik dan cara mudah untuk untuk mengumpul maklumat politik pihak lawan, sebagai usaha untuk mengawal dan menekan suara tertentu.
5. Ke mana saya pergi, siapa yang saya temui, dan apa yang saya perbualkan – semuanya menjadi perhatian pihak tertentu dan perlu dilaporkan
oleh satu cawangan khusus kepada pihak political master atau operator
utamanya.
6. Inilah realiti harian yang saya hadapi. Dengan perkembangan teknologi
canggih hari ini, mereka mungkin juga cuba mengetahui isi perbualan saya
dengan individu tertentu, terutama pimpinan politik.
7. Adakah telefon saya dipintas? Sudah tentu. 100%.
8. Adakah saya diikuti ke mana-mana saya pergi, walaupun atas urusan peribadi ? Sudah tentu. Tanpa ada keraguan.
9. Bagaimana saya tahu semua ini ? Sebenarnya, kita tidak perlu pun menjadi
pintar untuk mengenal pastinya, dengan beberapa ujian dan umpanan mudah,
perkara akan jelas seperti siang yang terang benderang. Kita tidak perlu
mempunyai ilmu counter-surveillance untuk mengenal pasti anasir yang
memantau kita – kerana kehadiran operatif dan elemen mereka adalah
sangat ketara dan mudah dikenal pasti menerusi pemilihan kenderaan yang
mereka gunakan, kereta yang statik, cara mereka berkomunikasi, pejalan kaki
(spotter), dan sebagainya.
10. Kenapa sampai ke tahap ini ?
11. Ini berlaku adalah hanya untuk meredakan paranoia segelintir pihak, yangtanpa ada keperluan untuk merasakan tidak stabil dan terancam.
12. Negara yang benar maju demokrasi dan institusinya, mempunyai ruang kawalan di bawah Parlimen seperti “Jawatanakusa Terpilih Risikan ” sebagai kuasa pengawal (oversight) untuk menghalang salah guna kuasa jentera dan
aset kerajaan terutama oleh pihak berkepentingan politik dan kewangan.
Dalam hal ini, sudah ada rakan Ahli Parlimen yang ingin membangkitkan
salah guna kuasa TCO dalam sidang Dewan Rakyat yang akan datang.
13. Selain saya, dimaklumkan bahawa ada seorang lagi tokoh utama pembangkang yang juga berdepan dengan label tier TCO ini. Sudah tentu saya dan rakan berkenaan tidak akan berdiam diri.
14. Penyalahgunaan sumber kerajaan sebagai senjata politik seperti ini – satu trend yang merosakkan kebebasan peribadi dan merubah struktur negara
yang sepatutnya bersifat adil.
15. Jika ini dibenarkan berleluasa, saya tidak hairan jika instrumen yang sama
juga sedang digunakan terhadap orang awam, NGO, badan bebas, dan
sesiapa sahaja yang mempunyai pandangan yang tidak sehaluan dengan
parti pemerintah. Mungkin sedang digunakan pada masa ini.
16. Dan seperti biasa, alasan yang diberi adalah “demi keselamatan negara”
dan ianya adalah untuk kepentingan awam – walaupun hakikatnya ia
hanyalah demi kelangsungan politik semata-mata.
17. Negara ini tidak akan maju jika suara yang berbeza terus dibungkam, dan
kuasa digunakan untuk menakut-nakutkan rakyat. Sudah tiba masanya kita
membina budaya politik yang lebih matang, terbuka, dan sejahtera – di mana
perbezaan pandangan bukan satu ancaman, tetapi asas kepada demokrasi
yang sihat dan aktif.
18. Hanya dengan keberanian untuk berubah dan keterbukaan menerima
pandangan yang pelbagai, barulah kita dapat melangkah ke arah sebuah
Malaysia yang lebih adil, inklusif, dan benar-benar sejahtera untuk semua
etnik, bangsa dan anutan agama yang ingin hidup dalam keamanan dan
Malaysia yang sejahtera.
Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar
10hb April, 2025