KASIH 2.0 Mahu Lahirkan Pelapis Berwibawa

743

Oleh : Nurul Suhada binti Abdullah

Kem Anak Solehah Istiqomah (KASIH 2.0) telah melabuhkan tirai pada jam 6 petang semalam. Program anjuran Ameerah Dun Pengkalan Berangan ini telah berjaya mengumpul seramai 78 orang anak-anak sekolah rendah yang berada dalam Dun Pengkalan Berangan.

IMG-20160501-WA0084Antara objektif program KASIH 2.0 ini yang bertemakan “Penyejuk Mata, Penawar Hati” adalah sebagai salah satu usaha bagi membentuk mereka supaya menjadi anak yang dikasihi, dicintai oleh Allah, Rasul, ibubapa, masyarakat dan agama. Disamping mendedahkan mereka berkenaan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah dimuka bumi ini.

Peserta juga diperkenalkan perihal dan gambaran “apa itu Ameerah?”. Ameerah adalah sebuah entiti anak muda muslimat yang berperanan untuk membawakan golongan pemudi berumur 40 tahun dan kebawah untuk bersama-sama menyertai pelbagai aktiviti atau agenda jemaah, dan mereka ini juga adalah sebagai sasaran utama pengundi muda dalam usaha untuk memenangkan islam di Dun Pengkalan Berangan ini khususnya.

IMG-20160501-WA0072Mewakili seluruh team penggerak KASIH 2.0 ini, saya dengan berbesar hati mengucapkan jutaan terima kasih kepada Al-Fadhil Us.Sulaiman bin Sulong diatas kesudian melapangkan sedikit masa merasmikan program KASIH 2.0 tadi. Jutaan terima kasih juga dikalungkan buat Puan Noridah Majid, Ketua HalWa MTD Pengkalan Berangan dan seluruh tenaga penggerak HalWa yang terus menyokong kami dipihak Ameerah bagi meneruskan lagi misi untuk mencari dan membina golongan pelapis kemenangan islam dimasa akan datang.

Tidak dilupakan, kepada seluruh tenaga penggerak dari semua sudut, tukang segala tukang, tukang masak, tukang teknikal dan lain-lain tukang, penyumbang segala penyumbang dari segenap penjuru, (barangan mentah, wang ringgit, tenaga, idea, dan sebagainya), kami mendoakan semoga Allah memberkati hidup kalian hingga ke akhir hayat dan juga semoga Allah menilai segala pertolongan, bantuan, sokongan, dorongan kalian sebagai salah satu amal soleh yang akan menjamin untuk kalian menebus ganjaran daripada Allah SWT.

IMG-20160501-WA0029Teristimewa buat seluruh kepimpinan Ameerah Dun Pengkalan Berangan, terima kasih yang tidak terhingga diatas titisan keringat, curahan idea, sumbangan tenaga dan sebagainya yang kalian curahkan semata-mata ingin melihat objektif program ini berjaya dengan sebaiknya. Mohon maaf segala kekurangan, kelemahan, kekhilafan dan sebagainya. Semoga KASIH 2.0 ini menjadi titik tolak untuk kita lebih berjaya pada masa akan datang. Harapan, moga dengan usaha yang sedikit cuma ini, Allah SWT redha, berkati, rahmati dan menilai sebagai amal-amal kebajikan.

Doakan kami semoga terus bersemangat dan kuat bagi meneruskan lagi agenda ummah pada masa akan datang. Siiru ‘ala barokatillah.

***Nurul Suhada binti Abdullah ialah Pengarah Kem Anak Solehah Istiqomah 2.0