KAMI Dengan Kerjasama BDA Rayu Bantuan Untuk Penduduk Marawi

2037

Sejarah perjuangan bangsa Mindanao amat panjang dan pernuh berliku. Semenjak Kesultanan Maguindanao hingga sekarang, wilayah autonomi Mindanao dianggap suci dari penjajahan. Walaupun Francisco Ateinza (1639) dari Sepanyol berjaya menakluki Iligan, tetapi keseluruhan Mindanao terutamanya Daerah Marawi yang strategik tidak dapat dijajahi.

Begitu juga semasa kemasukan penjajah Amerika (1898–1946), wilayah Mindanao hanya boleh dimasuki oleh tentera Amerika disekitar pantai Lanou. Daerah-daerah lain masih dipegang kukuh oleh kesultanan Maguidanao. Amerika tidak berjaya memecahkan tembok tradisi kesultanan ini.

Kerajaan Filipina mengambil kesempatan pengistiharan kemerdekaan Filifina dari Amerika dengan sekaligus mengistiharkan kepulauan Mindanao juga sebahagian dari Filifina yang merdeka. Mindanao disekalikan sebagai sebuah wilayah yang merdeka walaupun mereka tidak pernah merasai kuasa penjajahan Sepanyol, Jepun mahupun Amerika.

Demi pembangunan Mindanao, Presiden Marcos (1965-1986) telah menukar Dansilan, nama asal Bandar Marawi kepada Marawi Bandar Islam. Tujuan bagi pengistiharan ini adalah bagi meraih sokongan pelabur dari negara-negara Timur Tengah.

Pulau Mindanao sendiri adalah kawasan bersejarah bagi majoriti kaum Muslim atau suku Moro serta etnik lainnya seperti Marano dan Tausug. Peperangan untuk meraih kemerdekaan telah ditempuh oleh pelbagai kumpulan Islam selama lima abad melawan para penguasa. Pasukan Sepanyol, Amerika, Jepun dan Filipina belum berhasil meredam tekad mereka yang ingin memisahkan diri dari Filipina yang majoriti penduduknya beragama Katolik. Kini, populasi beragama Katolik bertambah dengan pesatnya akibat pola pemilikan tanah yang tidak adil dan pemindahan pendatang ke wilayah ini. Hal ini telah mencetuskan kemarahan kaum Muslim Mindanao yang miskin dan tersisih dan ini telah membangkitkan gerakan pemisah di sana.

Dalam beberapa tahun terakhir, Mindanao menjadi wilayah yang seringk dikaitkan oleh dunia dengan munculnya organisasi pengganas Islam yang berkait rapat dengan konflik di Timur Tengah. Mindanao dipercayai menjadi pengkalan kelompok pengganas Abu Sayyaf dan Jemaah Islamiyah. Walaupun rentetan kaitan kumpulan-kumpulan ini tidak pula dapat dikaitkan secara pasti dengan Kumpulan Timur Tengah. Ianya muncul bagi mengurangi peranan kelompok pejuang kemerdekaan yang lebih sederhana dan nasionalis seperti Front Pembebasan Islam Moro (MILF) Front Pembebasan Bangsa Moro (MNLF).

(Gambar – program korban di Mindanao pada tahun 2011, Dr. Safrullah sedang memegang kain rentang manakalasaya membantu ahli rombongan menyembelih lembu korban)

Kemelut berpanjangan inilah yang menyulitkan lagi plan damai serta pemilikan wilayah autonomi. Akhirnya rakyat menjadi mangsa, pelarian ditanah air sendiri. Krisis peperangan terutamanya di bandar Marawi telah meragut puluhan nyawa. Sehingga 30 mei 2017, jumlah mangsa yang terbabit sebanyak 65 pejuang, 20 tentera kerajaan, 19 orang awam terbunuh. Manakala 61 askar kerajaan cedera.

Presiden Duterte mengistharkan Wilayah Mindanao darurat selama 60 hari. Kita menyaksikan lebih dari 5000 pelarian kehilangan tempat tinggal yang selamat. Pasukan penyelamat harus mengadakan sesuatu bagi membantu mangsa yang terlibat.

Kumpulan Media Independen (KAMI) akan mengambil initiatif bagi menyampaikan bantuan sedaya mampu kepada pelarian yang terlibat terutama di Bandaraya Islam Marawi. KAMI akan melakukan kerjasama dengan Pengerusi BangsaMoro Developmental Agency (BDA), Dr Safrullah Dipatuan. Beliau telah membuat rayuan dalam kenyataan rasmi beliau agar umat muslim serantau turun membantu mereka.

Dr Suhazeli Abdullah
Aktivis KAMI

Berita Berkait;
Hulurkan Bantuan Kepada Warga Marawi, Selatan Filipina