Jurang Kaum Perlu Dirapatkan

5119

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempunyai pandangan yang jauh lebih ke hadapan dalam isu Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berbanding sekelompok yang mengaku profesional tapi tidak memahami keresahanan dalam masyarakat oleh agenda politik kiasu pihak tertentu.

Apa yang berlaku beberapa hari ini di Kuala Lumpur adalah berlatar belakangkan sentimen perkauman yang sangat perlu ditangani dengan bijaksana dan dibendung sedapat mungkin.

IMG_20150714_123306Hakikatnya memang ada tekanan perkauman sedang berlegar dalam masyarakat dan bagai bara api, ia tidak pernah padam malah seperti dihembus2 agar terus menyala. Insiden yang kecil dengan segera mendapat tindak balas yang besar dan segera. Ada sesuatu di situ.

Ia boleh jadi juga agenda pihak tertentu yang mahu rakyat melupakan isu isu besar penyelewengan negara, isu wang RM2juta dimasukkan ke akaun Rosmah Mansor. Isu RM2,600,000,000.00 dimasukkan ke akaun peribadi DS Najib Tun Razak.

Ia boleh jadi juga agenda pihak tertentu bagi mewajarkan satu tindakan yang lebih besar atas nama menjaga ketenteraman awam.

Ia boleh jadi juga berkait dengan banyak perkara. Ia berkait dengan jurang ekonomi antara kaum. Ia berkait dengan jurang pemilikan hartanah sehingga ada nya ini kawasan kaum cina, ini kawasan orang melayu. Berkait dengan peluang perniagaan, pekerjaan. Ia berkait dengan dengan suasana muamalah/berurusniaga antara pelbagai kaum yang majmuk. Berkait bahasa yang digunakan itu sopan atau kasar dan menghina. Ia berkait kehidupan berjiran. Ia berkait dengan keseluruhan konsep hidup yang sepatutnya berharmoni, saling bertoleransi dan hormat menghormati.

abcdAnjing anjing peliharaan yang tidak dijaga berak merata di sekitar kejiranan umat Islam. Ada yang sehingga mencederakan anak anak kecil umat Islam. Suara suara menghina syiar umat Islam seperti azan. Kata kata maki hamun yang menghina pekerja pekerja Islam oleh sesetengah majikan malah ada yang melarang bersolat. Penipuan berterusan dalam berurusniaga dengan menjual barangan tiruan. Munculnya semakin banyak rumah rumah urut, kelab kelab malam, pusat pusat judi, pusat maksiat yang seperti tidak ada ketegasan pihak berkuasa tempatan (PBT). Bertambahnya gelandangan, pelacuran, penagihan dadah.

Semua ini berkaitan. PBT adalah kerajaan ketiga sesudah kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang boleh memainkan peranan memperbaiki atau merosakkan.

Menarik sekali di negeri negeri yang terkenal sebagai kubu kuat PAS di mana kesedaran, pemahaman dan penghayatan agama Islam sangat bagus dengan hadirnya pelbagai institusi ilmu seperti kuliah kulian subuh dan maghrib, kegiatan usrah dalam rangka tarbiyah serta institusi sekolah sekolah pondok serta maahad tahfiz, tidak pernah kedengaran ketegangan antara kaum seperti ditempat lain.

IMG-20150712-WA0075Malah antara Melayu, Cina dan India boleh berseloka sambil berseloroh, “Kita kan Worih..”

Peliknya di Kuala Lumpur dalam insiden rusuhan di Low Yat, kita terkejut dengan perbuatan merusuh boleh pula diselang selikan dengan kalimah suci takbir ” Allahu Akbar” oleh yang sebahagiannya lelaki yang berambut ala skin head dan ada pula dengan subang di telinga.

HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)
14hb Julai 2015