Jumlah Anak Tak Sah Taraf Akan Berlipat kali Ganda

664

Terengganu, Haji Muhyidin Abd Rashid dalam beliau memberikan penjelasan isu-isu semasa, di Batu Enam, di sini, semalam.

”Apa penyelesaian kerajaan Barisan (Nasional), tak ada, bawa mari anak, dia tolong bela (pelihara), itu saja lah tak apalah, asal pangkah Barisan sudahlah,”katanya sinis, menutup bicara tentang isu buang bayi dan anak tak sah taraf.

Beliau membacakan fakta yang dilaporkan oleh Persatuan Peguam Syarie Malaysia yang menyebut statistik seramai 257,000 orang anak yang ‘tidak ada bapa’ yang didaftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Malaysia diantara tahun 2000 hingga 2008.

Katanya, menurut laporan itu, jumlah tersebut akan berlipat kali ganda apabila kerajaan mengiktiraf hubungan luar nikah dengan menyediakan premis bagi menerima bayi hasil perbuatan zina.

“Dato’ Seri Shahrizat Jalil buat kenyataan, buat dasar baru sekarang, siapa-siapa ada anak tidak ada bapa, jangan buang, bawa kepada kerajaan, kerajaan akan tolong bela,

”kalau rasa nak lahirkan anak, hantar anak kepada kerajaan, kerajaan tolong bela, kemudian pergi, dan kalau berasa dan beranak lagi, hantar pula kepada kerajaan, kerajaan tolong,”katanya menjelaskan dasar yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional.

Justeru, katanya, tindakan kerajaan itu tidak akan menyelesaikan masalah sosial, hubungan tanpa nikah dan buang bayi yang semakin meruncing.

”Bukan nak nasihatkan, berikan kesedaran, panggil beri kaunseling, ajar ugama, didik dia, beri pemulihan, beri keyakinan,”cadangnya.

Disebaliknya tindakan-tindakan pemulihan tersebut, kerajaan memilih kaedah menerima anak hasil hubungan zina, yang akan menyebabkan peningkatan perbuatan ‘haram’ itu, tambah Haji Muhyidin

http://www.youtube.com/watch?v=PxKmSwlRMM8