KUALA NERUS – Juara pidato yang telah memenangi pertandingan peringkat Muslimat negeri bertemakan ‘Gema Wawasan diadakan pada 29 Disember lalu, menjadi aset yang besar dalam jamaah.
Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir Ustaz Zakaria Dagang berkata, ia merupakan perkara yang amat penting kepada Parti Islam Semalaysia (PAS).
“Kita harap mereka ini akan menjadi satu contoh kepada yang lain-lain lagi dan boleh membantu kawan-kawan dan muslimat-muslimat lain khususnya serta memberi peluang pada masa-masa seterusnya untuk dimanfaatkan.
“(Mereka) boleh berlatih sama-sama supaya bakat-bakat yang terpendam boleh dicungkil untuk menaikkan lebih ramai lagi,” jelasnya.
Oleh itu katanya, bakat yang ada dalam diri haruslah ditonjolkan ke hadapan.
“Kita dapat ambillah sepanjang beberapa ketika ini kita dapat tonjolkan mereka ini. Kita harap selepas ini lebih ramai lagi yang boleh tampil ke hadapan,
Justeru itu beliau berkata, pihak MTD berbangga dan mengucapkan tahniah kepada kedua pemenang yang telah menang dalam kategori bawah 30 tahun mendapat nombor satu Emy Marhin Bt Aman dan kategori muslimat yang telah memenangi nombor tiga iaitu Nur Aini Embong.
“Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada yang menang dan tahniah juga kepada muslimat kerana mengadakan majlis ini dan menjemput kita dan sama-sama kita meraikan kemenangan ini,” tambahnya.