Jerteh Souq Masih Belum Menjadi Realiti Setelah Puluhan Juta Dibelanjakan

4406
Sejumlah RM75 juta telah dibelanjakan,ditambah RM5 juta untuk pembinaan 'Terminal Bas' tapi Jerteh Souq yang mula dibina sejak 10 tahun lalu, masih belum siap

BESUT – Rakyat mempersoalkan kemanakah perbelanjaan puluhan juta wang rakyat yang dilaburkan untuk Jerteh Souq dan mengapa sehingga sekarang ia masih belum siap.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor berkata, projek itu sebagai mata rantai yang bersifat ‘kroni kapitalisme’ seperti Taman Llmu, projek di Kenyir dan Zoo Kemaman serta projek rumah rakyat terbengkalai di Pulau Perhentian.

“Projek diberikan kepada kroni yang rapat dengan Umno dan Barisan nasional (BN) dan akhirnya apa yang jadi pada kualiti projek,

“Banyak projek yang telah siap mengalami keruntuhan dan sebagainya walhal dibina dengan kos sangat tinggi,

Keadaan gerai jualan yang sangat ‘dhaif’, peniaga mengadu pernah hanya mendapat hasil RM3 setelah sehari berniaga

“Dan inilah ketidakcekapan yang berlaku dalam negeri yang sangat memalukan kita sebagai rakyat Terengganu,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa meninjau Projek Jerteh Souq, Rabu, 14 Mac, disini.

Soalnya, adakah ia hanya kempen setiap kali pilihanraya baru muncul watak ahli politik yang mengajak rakyat mengundi Umno dan Barisan Nasional (BN)?

“Dengan erti kata (lain) mereka cuba untuk kononnya melangsungkan peniagaan dalam keadaan semakin meriah (tetapi sebaliknya),

Ustaz Dr. Riduan Mohd Nor dan Ustaz Wan Azhar ketika meninjau Jerteh Souq yang masih ‘terbengkalai’

“(rakyat) boleh melihat drama politik sebelum pilihanraya akan dijemput para peniaga untuk ditawarkan projek dan prasarana,” jelasnya.

Beliau berkata, ketidakcekapan pengurusan prasarana menyebabkan peniaga mengalami kemerosotan perniagaan berbeza dengan suatu ketika dulu, pasar Besut menjadi tumpuan masyarakat di Besut bahkan di luar Besut.

Antara sebab katanya, adalah kerana kewujudan pasaraya yang menyebabkan masyarakat lebih tertumpu membeli belah untuk keperluan harian.

“Dan Ini memberi kesan kepada peniaga kecil serta peniaga tempatan yang meraih mungkin sekitar perlukan RM 70 hingga RM 100 untuk menyara keluarga,” tegasnya.

Kasihan peniaga kecil Melayu yang terhimpit menghadapi barang niaga yang tidak laku dijual dan gangguan jenayah oleh penagih dadah

Disamping itu, kata beliau, peniaga memaklumkan kegiatan jenayah terutama oleh penagih dadah menjadi ancaman kepada para peniaga kecil.

Oleh itu, masyarakat peniaga terhimpit dan terdesak sehingga barang yang mereka simpan tidak selamat dan pendapatan mereka terjejas teruk.

Sehubungan dengan itu Yang dipertua PAS kawasan Besut, Ustaz Azhar Wan Ahmad berkata, pembinaan yang sedang dibina sebenarnya tidak memberi jaminan kepada para peniaga.

Katanya, selepas projek ‘terminal’ bas yang menjadi komponen Jerteh Souq, gagal dan tidak menjadi satu kenyataan.

Sebahagian pasar Jerteh atau ‘Jrteh Souq’ yang masih berwajah tahun 1970-an

“Ianya (terminal bas) dibuat dengan ambil masa yang panjang dan lama dengan peruntukan kewangan yang besar tetapi tidak dapat digunakan,

“dengan sebab tidak mengikut spefikasi yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkenaan,”kata beliau.

Tambah Ustaz Azhar lagi, bangunan terminal itu kini terpaksa dibaik pulih dan meningkat kos apabila bangunan sebelumya tidak mempunyai kemidahan asas seperti tandas dan beberapa pejabat utama penyelenggaraan.

“saya di fahamkan disini (terminal yang sedang dibaik pulih) pejabat daripada Kampung Raja akan dipindahkan ke Jerteh.

“Justeru kita (PAS) mendesak pihak kerajaan menyegerakan segera Jerteh Souq yang telah menelan belanja RM75 juta dan (agar) dapat direalisasikan,” tegas beliau.

Beliau berharap, ia bukan sekadar janji sehingga membebankan sebahagian daripada peniaga yang berada di sekitar ini.

Berita berkaitan;

Masihkah Kau Ingat, Jertih Souq?
Jerteh Souq Tidak Sempurna, Terminal Bas Dan Teksi RM5 Juta Pula Tergendala
Jerteh Souq – Pojek ‘Haram’ Idris?