Jentera Pemuda Siap Siaga Bawa Obor PAS

1800

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA NERUS – Jentera pemuda PAS sudah bersiap siaga membawa obor Parti Islam Semalaysia (PAS) menuju kemenangan dalam pilihan raya (PRU) ke-14 akan datang.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abd Hadi berkata, himpunan Fastaqim 2.0 menjadi satu titik bahawa inilah jentera perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik dan membawa penyelesaian Islam sebagai tunjang kepada PAS.

“Seluruh pelusuk negara daripada utara iaitu Perlis hinggalah selatan Johor dan juga Sabah dan Sarawak hadir ke program Fastaqim 2.0 untuk sama- sama menjunjung perintah Allah SWT dan menjadi orang yang istiqamah berada di atas jalan agama Allah SWT,

“Dan mereka tidak diubah dan tidak dibayar tetapi mereka datang bersama- sama untuk menunaikan tuntutan istiqamah,”ujar beliau.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada hipunan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal, dekat sini Sabtu, 30 September, disini.

Menurutnya, inilah akidah perjuangan ditanamkan kepada ahli dan penyokong PAS yang cenderung dan juga mendalam dengan PAS serta asas istiqamah menuju kemenangan dalam PRU ke -14. Semoga Allah memberikan ganjaran kepada orang yang istiqamah dalam memperjuangkan agama Islam.

“Pada hari ini kita berhimpun di atas satu tema iaitu istiqamah. Nas yang terkandung di dalam Al quran karim dan sunnah nabi SAW berkenaan dengan istiqamah sama ada menyuruh kita orang-orang beriman beristiqamah ataupun menyarankan kita supaya berdoa kepada Allah untuk menjadikan kita orang yang istiqamah,

“Tunjukkanlah kami jalan yang lurus ataupun menceritakan kisah orang-orang yang istiqamah pada jalan Allah SWT. Golongan generasi awal Islam yang memperjuangkan agama Allah SWT,”katanya.

Firman Allah, ‘Wahai orang-orang beriman jika kamu bertembung dengan kumpulan musuh maka hendaklah kamu tetapkan pendirian kamu dan ingatlah kamu akan Allah dengan sebanyak- banyaknya mudah- mudahan kamu beroleh kejayaan dan taatlah kamu akan Allah dan rasulNya dan jangan sekali-sekali kamu bertelingkah antara satu sama lain nescaya kamu akan gagal dan akan hilang kehebatan kamu dan bersabarlah kamu sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang sabar’.

Justeru marilah memohon kepada Allah SWT menerima amalan kita, perjalanan kita, menerima usaha kita, menerima pengorbanan kita dan menerima derma serta perbelanjaan yang kita berikan untuk menjayakan program ini semata-mata untuk mendapat keredhaan daripada Allah SWT .