Jemput Hadir Beramai-ramai!

444

KUALA TERENGGANU – Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) mempersilakan semua rakyat hadir beramai-ramai ke majlis Rumah terbuka sempena Aidilfitri yang akan diadakan pada Khamis 26hb Mei.

Pengarah program YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, persiapan Majlis tersebut yang akan berlangsung di Dataran Khairunnisa’, berjalan lancar.

“Persiapan berjalan dengan baik. Kami bukan sahaja menyusun tapak tetapi juga menyusun pengisian yang sesuai untuk memeriahkan majlis ini.

“Setakat ini juga, jemputan kepada seluruh organ parti, jabatan kerajaan, GLC, Tuan-tuan guru pondok dan NGO sedang dibuat.

“Kami menjangka kehadiran melebihi 20, 000 orang, pakat mari belaka, beramai-ramai!,” kata beliau ketika ditemui selepas melawat tapak program tersebut di Jalan Sultan Omar dekat sini, hari ini.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Dato’ Ustaz Husain Awang berkata, pelbagai juadah disediakan bagi memeriahkan hari sambutan itu.

“Kami dengan hormat dan penuh takzim mengalu-alukan ketibaan muslimin dan muslimat sekelian,

” untuk menjamu selera dengan berbagai menu yang menarik dalam masa yang sama mengeratkan hubungan silaturahim,” jelasnya.