Jabatan Pilihanraya dan Lajnah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Himpunan Derita Rakyat (HINDAR) pada hari ini, khasnya YAB Timbalan Mursyid Am PAS dan Yb Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS yang hadhir menambah erti dan nilai pada himpunan rakyat membantah GST.


3. Ustaz Dr Datuk Nik Zawawi Salleh Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Tuan Hj Mohamad Sabu Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dr Dato’ Mahfuz Mohamad Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ust Syarhan Abdul Halim Ketua Dewan Pemuda. PAS Negeri Selangor, Bob Lokman, Wakil Ngo GANTI Saudara Amzad, Mejar (B) Zaidi, Wakil OKU, Wakil Pemandu Teksi dan Presiden GAMIS Saudara Imran antara yang memanaskan pentas pidato HINDAR. Hadir sama ialah Ustaz Dr Khairudin Aman Razali at Takiri, Ustaz Mokhtar Senik Ketua DUPN Pahang yang mengimamkan solat hajat, Yb Ustaz Abdullah Husin Ketua DUPN Johor, Ustaz Dr Abu Bakar Abdullah Pengerusi Lajnah Kebajikan DUPP dan Ustaz Asri Daud ad Diwanie Bendahari DUPP.


5. Kami sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu jayakan HINDAR termasuk pihak PDRM serta DBKL dan pastinya setinggi – tinggi penghargaan kepada Jabatan AMAL dengan kekuatan 250 orang petugasnya sungguh dedikasi menjayakan HINDAR. Tidak ketinggalan Alternatif Riding Club (ARC) dengan 200 buah motor menderu di Padang Merbok. Insyaallah HINDAR akan jelajah ke seluruh negara bagi meneruskan usaha menyedarkan masyarakat untuk bangkit membantah serta mendesak kerajaan memansuhkan GST.
Kami juga mengucapkan terima kasih kepada semua para wartawan yang membuat liputan dan menyiarkan mesej kami kepada semua rakyat Malaysia. Semoga terus bersama jelajah HINDAR ke seluruh negara selepas ini.
Ustaz Najhan Abdul Halim
Setiausaha HINDAR




























