Jawatan Dipegang Tidak Kekal

207

KUALA TERENGGANU – Sesuatu jawatan yang dipegang itu tidak akan kekal selamanya dan sentiasa akan ada pembaharuan.

Mantan pemimpin Dewan Pemuda PAS Terengganu, YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, yang terus kekal adalah semangat perjuangan dan istiqamah dalam diri masing-masing.

“Sentiasalah tingkatkan keyakinan dan kebergantungan ke hadrat Allah SWT serta tarbiah bagi memelihara jati diri sebagai ahli Jemaah Islam.” tegasnya.

Beliau yang juga Exco kerajaan negeri Terengganu berkata demikian pada catatan dalam laman sosialnya semalam.

Ustaz Wan yang turut hadir dalam majlis meraikan para mantan Ketua sayap kanan PAS Terengganu itu berpesan agar ahli PAS sentiasa menjaga silaturrahim..

“InsyaAllah, rapatkan ukhuwah serta menjaga wala’ dan adab ikhtilaf dalam jemaah.” tambahnya.

Sementara itu Ketua Dewan Pemuda Ustaz Mohd Harun Esa menyifatkan, ujian kepada kepimpinan pemuda terdahulu menjadi obor pembakar semangat.

“Peritnya Ujian ayah-ayah dan abang-abang dulu lalui dalam berjuang. Pengalaman, nasihat mereka kami jadikan bekal untuk teruskan amanah agama ini.

“Bantulah kami untuk membimbing anak muda. Semoga menjadi asbab untuk kita bertemu di syurga.” ujarnya.

Menurutnya, Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan bagi meraikan dan mengenang jasa mantan-mantan pimpinan pemuda PAS Negeri Terengganu.