Jangan ‘Menjeruk’ Ilmu Yang Ditimba!

1457

Oleh : Che Ana

“sesuatu peristiwa yang dibuat dan dirakam dalam sudut pemberitaan yang menarik pada waktu tersebut……masuk pula dalam Sinar atau Harakah kita hantar, unsur untuk hentikan fitnah, ini boleh dihentikan oleh kita, jadi ini diantara peranan yang amat penting ada kepada pihak media”.

IMG_20161224_163231Itu kata-kata hikmat Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tepoh YB Ustaz Hishamudin Abdul Karim ketika beliau merasmikan penutup Bengkel Pengurusan Media dan Asas Fotojurnalis di Markaz Tarbiyah Islamiyah Seberang Takir ( MARTIS) pada 24 hb Disember yang lalu.

Perkataan itu begitu meresap dalam jiwa dan mesti digerakkan dengan tindakanoleh setiap aktivis media.
Beliau mengimbau tregedi hakisan yang berlaku dalam kawasan yang diwakilinya, di Kampung Mengabang Telipot, yang juga kampung halamannya sendiri.

“kalau ingat pada tahun lepas berlaku kes hakisan di kawasan saya, kes hakisan ini menyebabkan serangan orang-orang UMNO kepada kita (PAS) dan kepada saya sendiri.

IMG_20161224_163124“Serangan dia cukup mudah, duduk di kedai kopi, di wakaf nelayan, mereka kabo wakil rakyat tidak tunjuk muka mari. Orang-orang tua , dia ( UMNO ) hanya ‘bakar’ dua tiga orang je….”kata beliau.

Namun firnah itu dapat dipadamkan, apabila pihak media menyiarkan berita beliau menziarahi mangsa hakisan dan bertindak, walaupun pada malam hari, disiarkan oleh buletinoline dengan siap rakaman video dan diterbitkan oleh Harakah dan Sinar Harian.

Beliau menambah,”Alhamdulillah, anak-anak muda kita  ada ‘smartphone’, bila ada dan dia friend dengan kita, mengikuti perkembangan kita melalui aplikasi media,”

IMG-20161224-WA0165“Maka, terdedahlah penipuan orang Umno apabila gambar dan video wakil rakyat duduk dekat tepi pantai, siang malam dipaparkan.”
“Jadi orang kampung terus terhenti berkata-kata, dan orang UMNO tak boleh sebar fitnah lagi!”

Pengarah bengkel tersebut pula, Khairul Nizam bin Abdullah pula berharap, para peserta yang telah mendapat didikan dari bengkel itu, “jangan hanya men’jeruk’ didada ilmu yang telah ditimba.

Khairul teringat kata-kata Al-Marhum Tok Guru Nik Aziz yang menyebut,”gunakan segala yang Allah bagi kat kita untuk Islam……… kalau Allah bagi kat kita kuat, gunakan kekuatan itu untuk membela Islam…….kalau Allah bagi kat kita cerdik, petah bercakap, banyak idea, gunakan semua itu untuk tolong Islam………pendek kata, semua benda yang Allah bagi kat kita gunakan untuk mendaulatkan Islam,”.

IMG-20161224-WA0121“Jangan hanya handal ‘berpencak’ kata-kata tapi buat kerja untuk jamaah macam siput sakit gigi! Dan seribu alasan diberikan.!”

Bengkel sehari itu dianjurkan Lajnah IT dan Media Baharu DUN Seberang Takir dengan kerjasama Kumpulan Aktivis Media Independent ( KAMI ).

Timbalan Pengerusi KAMI, Tuan Haji Sazali Mohd Noor telah sudi menjadi pembentang pada hari tersebut.

*** Video YB Ustaz Hishamuddin turun padang ketika air pasang, ombak besar di Tanjung Gelam, Mengabang Telipot, setahun yang lalu.

https://youtu.be/1xlTldI2YSo