Jangan Beri Ruang DAP Campurtangan Urusan Islam

2226

KUALA TERENGGANU – PAS memberi amaran kepada Menteri di Jabatan Perdana, Mujahid Yusof supaya tidak berterusan memberi laluan campurtangan DAP dalam urusan Islam.

Naib Yang DiPertua PAS Kuala Terengganu, Haji AhmaA Amzad Hashim berkata, kesabaran umat Islam ada had dan batasnya.

“Ingat, 63% rakyat Malaysia adalah umat Islam yang tidak teragak-agak mempertahankan Islam jika terus diganggu,”tegasnya di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini pada hari ini, 31 Januari.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu juga turut mengingatkan bahawa amaran Mujahid agar tidak mempertikaikan perlantikan wakil DAP sebagai Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), tidak digeruni oleh umat Islam.

“DAP berterusan cuba menghalang usaha memperkasakan Institusi Mahkamah Syariah dengan pelbagai alasan,” jelasnya.

Bahkan katanua, pada sidang parlimen yang lalu ahli Parlimen dari DAP mendesak kerajaan memberi kebebasan kepada penganut Syiah menjalankan aktiviti mereka.

“Seorang lagi ahli parlimen DAP yang kanan dan memegang jawatan menteri dilaporkan dalam satu ‘prosiding’ mahkamah sebagai tidak bersetuju kedudukan Islam sebagai agama persekutuan seperti terkandung dalam perlembagaan Malaysia,” jelasnya.