Jamin Terus Komited Giat Tarik Pelancong

2007

KUALA TERENGGANU – Kerajaan PAS Negeri Terengganu memberi jaminan untuk terus komited bagi menggiatkan rancangan dan pelaksanaan masa depan bagi menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke Negeri Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudyaan dan Teknologi Maklumat, Ustaz Ariffin Deraman berkata, ini adalah untuk memastikan sumbangan industri pelancongan dapat dimanfaatkan oleh usahawan tempatan dan rakyat.

Katanya, dari segi penyediaan pelbagai peluang pekerjaan, pelancongan membawa kesan kepada ekonomi tempatan.

“Ianya menjadi mekanisma pengukur bertujuan mengenal pasti piawaian kualiti Islam (Islamic Standard Quality) di dalam industri pelancongan yang menepati prinsip-prinsip Islam,

“dan faktor yang menyumbang kepada kejayaan ini adalah keyakinan pelancong terutama penyediaan makan minum halal dan kemudahan tempat solat,

“serta penginapan yang menepati ciri-ciri Islam dan perkhidmatan mesra pelancong muslim yang disediakan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Majlis Berbuka Puasa Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu bersama Menteri Besar Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar, di Pulau Duyung pada Khamis, 24 Mei.

 

 

Katanya, kerajaan negeri akan mempergiatkan usaha dalam memastikan prasarana dan kemudahan pelancong yang menepati ciri-ciri Al-Quran dan As-Sunnah seterusnya meningkatkan lagi jumlah pelancongan daripada negara negara Islam.

“Saya percaya dengan ‘kolaborasi’ daripada pengiat pelancongan dari Badan Bukan Kerajaan (NGO) pelancongan mampu memartabatkan Negeri Terengganu Darul Iman menjadi negeri contoh pelancongan yang Maju, Berkat dan Sejahtera, yang lebih progresif dan inovatif serta berlandaskan Islam,

“dan merupakan adalah negeri yang paling hebat sekali bahan-bahan serta unsur-unsur semulajadi yang menjadi tarikan kepada pelancong daripada seluruh Malaysia dan juga bahkan seluruh dunia,” tegasnya.

Menurutnya, kita harus mengekalkan dengan menambahbaikan dengan pelancongan khususnya pelancongan domestik yang menjadi di dalam Negeri Terengganu.

“Walaupun negeri kita tidak merupakan pelancongan bersifat antarabangsa tetapi apabila melihat data pelancong yang hadir ke Terengganu khususnya apabila musim cuti sekolah dengan kehadiran penuh di Pasar Payang,” tambahnya.

Selain daripada itu, kita ada produk pelancongan seperti Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, jajaran pantai yang paling luas di Malaysia bahkan pantai yang paling cantik berbanding dengan negeri-negeri lain.