Oleh : Nooreni Abu Bakar
KUALA TERENGGANU- Apabila Parti Islam SeMalaysia(PAS) berjaya menawan Terengganu selepas Pilihan Raya Umum ke 14, kerajaan pilihan rakyat itu menubuhkan dua agensi untuk menjalinkan hubungan erat dengan rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata agensi tersebut ialah Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) dan Institut Modal Insan Sejahtera(I-MITS).
“Kedua-duanya melaksanakan gerakkerja parti dan negeri”, ujar Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu(BPPNT) itu.
Mohd Nor yang memberi taklimat kepada ahli jawatankuasa Lajnah Penerangan dan Hubungan Media, Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu ketika mereka mengadakan kunjungan hormat ke pejabat beliau di Wisma Darul Iman di sini pada 8 Oktober.
“Urusetia Penerangan Darul Iman merupakan platform menyampaikan dan menyebarkan maklumat kepada masyarakat”, ujar beliau.
yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN Batu Buruk.
Manakala Ustaz Kamaruzzaman Abdullah pula menerangkan bahawa I-MITS pemangkin modal insan rakyat Negeri Terengganu.
Ketua Penerangan PAS. DMPNT, Hajah Maznah Muftahuddin pula menyatakan tujuan kunjungan itu untuk mendapatkan maklumat dan isu-isu yang boleh disampaikan dalam program-program muslimat yang akan dijalankan.
“Kita juga ingin mendapatkan penyelarasan bidang tugas bagi mengatur gerakerja diperingkat parti dalam menyebarkan maklumat kepada rakyat”, terang beliau ketika dihubungi selepas majlis tersebut.