Jalan Awana Kijal, Bukti Kerajaan Umno Terengganu Gagal

4989

Oleh : Khalid Abdullah

Projek menaiktaraf jalan persekutuan menjadi dua lorong berhampiran pusat percutian terkenal, Awana Kijal di sini, sebagai cara bayaran balik sebahagian kos pembinaan LPT2 adalah tidak wajar.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata Kerajaan Terengganu telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM1.85 bilion untuk pembinaan LPT2.

Katanya, untuk menyelesaikan sebahagian hutang, kerajaan pusat mengeluarkan peruntukan RM186 juta untuk membina jalan dua lorong tersebut.

“Patutnya bayar terus pada kerajaan negeri, jalan Awana Kijal ini bukan jalan negeri, jalan persekutuan…..biar bajet ‘federal’ yang keluar, tetapi pemimpin kita ‘dok rok’, (penakut) sebab jika lawan, akhirnya tukar MB” jelas YB Ustaz Hishamuddin,

“Kerajaan pusat kecek (tipu) kita dengan begitu mudah, buat projek persekutuan guna duit negeri, kononnya membayar hutang, pemimpin negeri tahu hakikat sebenar, tapi hendak lawan tidak berani,” jelas beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh itu membangkitkan perkara itu, ketika berucap di Majlis Makan Tengahari Dana PRU14, PAS Pekan Air Jernih di sini, pada 20 Oktober.

Kelemahan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Umno adalah perjalanan yang tiada kesudahan.

Rakyat perlu menolak pemimpin yang lemah dan beri kepercayaan kepada PAS dalam pilihanraya nanti kerana PAS sangat bersiap-sedia untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Terengganu.