Jajaran Baharu Undang Bala

195

Oleh : Adli Mohamad

KUALA TERENGGANU- Pembentukan jajaran baharu jika sekiranya diputuskan UMNO atas kepentingan peribadi dilihat sengaja mengundang bala kepada usaha penyatuan umat di negara ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Nasir Abdul Razak berkata pihaknya berharap agar berita berkenaan tidak benar demi meneruskan agenda Muafakat Nasional pernah diputuskan bersama sehingga terbentuknya Perikatan Nasional (PN).

“Saya yakin sahabat-sahabat dalam MN masih waras untuk tidak bertenggek dengan Pakatan Harapan (PH) yang mana kita ketahui sangat bermasalah dalam mentadbir kerajaan selama 22 bulan.

“Kita mengharapkan penyatuan ummah antara Umat Islam terus diperkasakan dan tiada lagi gangguan ditengah jalan dari mana-mana pihak,”ujarnya melalui satau kenytaan di media soialnya, pada Rabu, 23 Jun.

Katanya, tiada asasnya jika mahu ditimbulkan ketegangan sebagaimana yang berlaku dalam sejarah dua parti berkenaan di negeri ini.

“Dimana politik kita dahulu agak tegang sesamea kita, UMNO dan PAS memang menjadi musuh politik, sehingga dalam kampung berbalah sepenuh hati.

“Pastinya tidak mahu Kembali kepada zaman atau keadaan sebegitu lagi yang penuh provokasi, benuh benci, dan sering berkelahi,” katanya.

Jelasnya, PAS melalui pemimpin di peringkat tertinggi tetap mahu meneruskan agenda perpaduan.

“Demi Islam, bangsa dan negara agar segala mimpi ngeri yang lama dapat dilupakan.

“Tahun 2019, Himpunan Penyatuan Ummah kita adakan, kemudian tahun 2020, tertubuhnya kerajaan yang ada pada hari ini dengan semangat penyatuan semakin dilebarkan.

“Dalam tempoh itu beberapa kali kita berjumpa bagi mengenal hati budi dan juga menyatakan Hasrat bersama , namun sekarang nampaknya semakin diuji,”tegasnya lagi.