Jaga Amanah Tugas

1917

KUALA TERENGGANU – Para penjawat awam di negeri ini khususnya dalam sektor pertanian wajib menjaga amanah tugas masing-masing dengan sebaik-baiknya kerana ianya adalah satu medan yang sangat mulia.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Dr Azman Ibrahim berkata, para petani bekerja membanting tulang empat kerat untuk menghasilkan produk termasuk makanan kepada penduduk.

“Mudahkan urusan dengan para petani yang merupakan pelanggan kita…. percepatkan yang lambat dan dekatkan yang jauh serta kurangkan protokol dan mudahkan yang payah,

“Kita berada dizaman inovasi dan bukan lagi zaman tradisi… dizaman ini ilmu dan kemahiran akan bercakap….. lambat bermakna kita akan ketinggalan,” ujarnya.

Beliau berkara demikian ketika ditemui pihak media pada hari khamis, 28 Jun, di Kompleks Pertanian Ajil Hulu Terengganu, selepas Majlis Perjumpaan Kakitangan Jabatan Pertanian.

Oleh itu, beliau menyeru agar kakitangan yang hadir, bekerja bersama untuk meletakkan sektor pertanian Negeri Terengganu pada satu kedudukan yang tinggi.

“(saya turut) menyampaikan anugerah cemerlang kepada 25 orang kakitangan dan anugerah jasa bakti kepada 30 orang pesara Jabatan Pertanian,” jelasnya.

Turut hadir sama dalam program tersebut ialah Pengarah Pertanian Negeri Terengganu Zulkifli Harun.