Jadikan Tahun 2022 Dilimpahi Pahala

114

KUALA TERENGGANU – Segala nikmat yang telah Allah kurniakan, semoga ia diredhai dan jadikan ia sebagai pahala yang melimpah.

Timbalan Pesuruhjaya PAS YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, bagi tahun akan datang, semoga Allah panjangkan umur kita jika umur yang panjang itu memberi manafaat kepada kita.

“Serta dibukakan pintu rezeki untuk kita dan sentiasa diberikan petunjuk agar setiap apa yang dilakukan dengan nikmat umur yang panjang biarlah selari dengan tuhan kehendaki.

“Dan juga semoga Allah menjauhkan kita daripada ujian dengan perkara yang tidak sabar yang boleh merosakan agama kita.” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi merangkap ADUN Paka berkata demikian dalam hantarannya di media sosial, semalam.

Sementara itu, menurut beliau, seramai 105 orang nelayan dan 24 orang penoreh getah di seluruh DUN Paka menerima bantuan daripada kerajaan.

“Berehat-rehat dulu deh abang-abang nelayan dan penoreh getah. Musim lenim tengah musim tengkujuh di pantai timur. Gi kelaut pun ombak tengah kuat.” jelas beliau

Katanya, program penyerahan sumbangan tersebut adalah program tahunan, pada setiap kali musim banjir.

“saban tahun kite buat dapat meringankan beban para nelayan dan penoreh getah.” tambahnya.