KUALA TERENGGANU – Jadikan ilmu yang dimiliki, walau apa pun bidang yang akan diceburi sebagai jalinan amal untuk meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini.
Yang DiPertua PAS Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah merakamkan sekalung tahniah dan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang telah selamat mengambil keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2017.
”Kami daripada PAS Kuala Terengganu mendoakan agar anak-anak para pelajar dipermudahkan Allah SWT dalam jihad menuntut ilmu,
”agar dapat menjadi generasi pewaris kepada perjuangan Islam khususnya di Negeri Terengganu yang dicintai ini. Insya-Allah,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menziarahi adik Mohd Syauqellah Razali, pelajar cemerlang SPM 2017 peringkat Negeri Terengganu, pada petang Khamis, 15 Mac.


“Adik Syauqi yang mendapat pendidikan di SMA Sheikh Abdul Malik adalah seorang yatim, anak ketiga daripada empat orang adik-beradik.
”Dibesarkan dan dididik oleh ibunya, Cikgu Zainab Yusof, seorang tenaga pengajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) yang telah mencurahkan sepenuh khidmat beliau di Pasti As-Solihin Kampung Gong Tok Nasek semenjak 16 tahun lalu,” jelas beliau.
Turut bersama rombongan ziarah tersebut ialah Setiausaha PAS Kuala Terengganu yang juga engarah MTD Batu Buruk Ustaz Mohd Soud Said dan Ketua Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Salleh Abdullah.
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah mengumumkan semaam, selain adik Muhammad Syauqellah Razali yang memperolehi 11A+, dua lagi pelajar cemerlang iaitu Muhammad Khairul Azri Mohd. Khalid dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut dan Nur Ellena Elmie dari SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus pula memperolehi 9A+.






























