Jabatan Amal Terima Penghargaan

156

Oleh : Mohd Fahmi Izzuddin Hashim

SETIU – Jabatan Amal Malaysia (JAM) Kawasan Setiu yang diberikan jolokan ‘semut merah’ menerima sijil penghargaan sempena Hari Polis ke-214.

Komandannya, Wan Mohammad Izzuddin Wan Hamzah, mewakili semua anggota JAM mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) daerah Setiu atas pengiktirafan itu.

“Saya menerima jemputan dua hari lepas untuk hadir pada sambutan hari Polis hari ini bagi menerima sijil penghargaan.

“Saya harap kerjasama ini terus erat untuk dimasa akan datang dengan penglibatan yang baik daripada semua”, katanya ketika ditemui semalan 25 Mac.

Menurutnya, ia diberikan kepada Jabatan Amal kerana telah menjalinkan kerjasama erat bersama PDRM.

Antaranya kata beliau, JAM banyak terlibat operasi bantuan banjir, pasca banjir dan kerja-kerja kebajikan bersama komuniti.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Afandi Hussin.