Jabatan Amal Terengganu Aktifkan Skuad Bantuan Banjir

65

KUALA TERENGGANU – Jabatan Amal Malaysia Negeri Terengganu (JAMNT) telah mengaktifkan Skuad Bantuan Banjir menghadapi musim tengkujuh yang kembali meningkatkan risiko banjir di beberapa kawasan di negeri ini khususnya di daerah rendah dan berhampiran sungai.

Menurut ketuanya, Hasmizie Hasan, pihaknya turut mengeluarkan pengumuman, makuman kepada orang ramai ‘Talian Kecemasan’ sebagai rujukan dan panduan kepada masyarakat.

“Talian ini disediakan untuk memastikan bantuan dapat digerakkan dengan lebih cepat dan teratur sepanjang musim hujan berisiko tinggi ini.

“Dua pegawai utama boleh dihubungi untuk penyelarasan awal iaitu Pengarah JAMNT, Tuan Mohd Hasmizie Hasan (010-666 1438) dan Ketua Sektor Operasi, Tuan Izzuddin (014-810 7282),” jelasnya ketika dihubungi.

Hasmizie Hassan

Selain itu, kata beliau, komander dan ketua operasi turut ditempatkan di setiap daerah bagi memantapkan operasi penyelamatan.

Katanya, daerah terlibat termasuk Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Kemaman, Marang dan Dungun.

Dalam masa sama menurutnya, JAMNT membuka ruang kepada orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan tenaga sukarelawan, peralatan atau sumbangan kewangan melalui akaun Maybank 5630 2862 0251 atas nama Jabatan Amal Malaysia Negeri Terengganu, dengan rujukan Ops Bencana JAMNT.

Justeru itu, beliau menasihatkan masyarakat agar sentiasa peka dengan amaran cuaca, mematuhi arahan pihak berkuasa serta mengutamakan keselamatan keluarga apabila berlakunya peningkatan paras air.

“Sama-sama kita berdoa agar Terengganu pada tahun ini dan akan datang dijauhkan daripada musibah banjir besar seperti yang pernah dialami sebelum ini,” katanya.

Hasmizie menambah, orang ramai boleh mengikuti maklumat terkini melalui Facebook Jabatan Amal Malaysia Negeri Terengganu dan Instagram @jabatan_amal_terengganu.

Senarai komander dan ketua operasi mengikut daerah adalah seperti berkait;

Besut, Komandan: Luqman (011-1638 3967), ketua operasi: Lukman (019-997 1973).

Setiu, Komandan: Izzuddin (014-810 7282) manakala ketua Operasi Rahmatullah (013-949 2380).

Kuala Nerus, komandan, Zulfika (019-911 5189), ketua Operasi, Arimi (013-570 3684)

Kuala Terengganu, komandan: Fadhilah (019-322 6956), ketua operasi, Syed Mahdi (0111-502 1801)

Hulu Terengganu, komandan: Bahauddin (0115-754 7268) dan ketua Operasi, Nazari (010-323 2891)

Kemaman, komandan: Mukmin (014-806 6720), ketua Operasi, Muhammad (013-606 6355)

Marang, komandan: Amirul (011-1944 6723), ketua Operasi, Tajudin (014-549 2441)

Dungun, komandan: Tarmizi (019-932 5856) dan ketua Operasi, Bait (017-910 4071)