Ja’afar Terima Aduan Penduduk

106

ALOR GAJAH – Sebanyak tidak kurang 10 aduan rakyat yang telah diterima oleh calon PAS-Perikatan Nasional (PN) DUN Durian Tunggal Ja;afar Othman, dalam tempoh berkempen sehingg hari ini.

“kebanyakan aduan adalah tentang masalah banjir, sliran yang tersumbat, jalan yang tidak berturap, peluang perniagaan dan paara oengusaha yang memerlukan bantuan,

“kita akan catat dan ambil perjalanan selepas pilihan raya nanti, kerana dalam keadaan sekarang tidakan segera tidak sempat untuk diambil,”ujarnya ketika dihubungi.

Menurutnya, semalam beliau telah menxiarahi pengusaha kolam ikan yang mengalami kerugian disebabkan banjr kilat yang melanda.

“saya turun ke sebuah kolam ikan dalam DUN Durian Tunggal.Pengusaha dikenali Pak Long Jamal.

“Beliau telah mengadu mengalami kerugian hampir puluhan ribu apabila masalah banjir melanda dalam DUN ini beberapa bulan yang lalu.

“Insya’allah masalah ini akan saya utarakan kepada pihak yang berwajib untuk selesaikan masalah ini.” kata beliau.

Ja’afar turut mengucapkan terima kasih kepada komuniti India dan Cina terutamanya di perkampungan Baba Batu 12, Simpang Gading, Durian Tunggal.

Menurut beliau, beberapa orang rakan sekolahnya dalam kalangan masyarakat Tionghua menjyambut baik dan memberi jaminan untuk menungundinya.

“Sebanyak 40% peratus kaum Cina yang tinggal dalam DUN Durian Tunggal.
“Semoga mereka dikurniakan kesihatan yang baik bagi meneruskan kehidupan seharian dengan aman dan damai.” tambah Ja’afar