KUALA TERENGGANU – Mesyuarat bersama Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina binti Mohd Harun, telah memutuskan perlantikan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (J3K) ialah bidang kuasa Kerajaan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata, mesyuarat terbabit juga menetapkan, tidak ada perlantikan J3K Persekutuan daripada Kerajaan Pusat.
“Tak ada perlantikan JKKP (J3K) dari kerajaan pusat yang akan bertindih bidang tugas dan fungsi dengan J3K sedia ada.
“Maka J3K lantikan kerajaan (negeri) Terengganu ialah untuk rakyat. Tak ada lagi kebimbangan berlaku campur tangan Kerajaan Pusat dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri.,” tegasnya.


Oleh itu, beliau menyeru agar semua anggota J3K yantbtelah dilantik dan disahkan di negeri ini agar melaksana tugas dengan cemerlang.
“Sahabat-sahabat J3K perlu berfungsi dengan sebaiknya menggalas amanah rakyat. Semua penduduk kampung ialah rakyat kita.
“Kita mewakili suara dan denyut nadi rakyat,” jelas beliau.





























