Ini adalah kerana Kerajaan Selangor sedang dalam proses mengambilalih hutang yang ditanggung Universiti Selangor (Unisel) sebanyak RM 15 juta bagi membebaskan beban kewangan universiti tersebut. Sebabnya masalah ini berlaku bila masa pembinaan Unisel , Kerajaan Negeri terdahulu (Umno-BN) tidak memasukkan dana untuk menyelesaikan hutang tersebut
Sebagai Menteri dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar perlu tahu bahawa Unisel tidak memiliki modal yang cukup serta tidak berupaya membayar hutang tersebut.
Ini adalah kerana salah satu daripada masalah Unisel ialah modalnya tidak cukup untuk membiayai kos seperti pembinaan kampus berjumlah RM 600 juta dan asrama, RM 200 juta.
Noh Omar sepatutnya berani memdedahkan rekod Unisel yang membuat perjanjian dengan Jana Niaga selama 30 tahun yang ditandatangani antara 2003 dan 2004 iaitu semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional, sehingga mengakibatkan Unisel berhutang RM 15 juta dengan JNSB.
Noh Omar sendiri tahu kerajaan negeri semasa ditadbir Barisan Nasional telah meluluskan keseluruhan bangunan Universiti Selangor (Unisel) tanpa memperolehi Sijil Layak Menduduki (CF) dan tindakan itu bakal mengancam keselamatan pelajar dan kakitangan Unisel sendiri.
Tan Sri Khalid Ibrahim cuba dijadikan mangsa akibat dari amalan kronisma Umno , Unisel sedang dalam penstukturan semula dan rakyat Selangor meyakini keupayaan Menteri Besar untuk menjadikan Unisel lebih berdaya saing.
Justeru pendedahan Noh Omar adalah umpama percubaan nakal untuk menganggu kelancaran pentadbiran kerajaan Negeri Selangor, sedangkan beliau tahu semua kerugian ini dilakukan semasa pentadbiran Datuk Seri Dr Khir Toyo.
Pendedahan Noh Omar ini sebenarnya kerana beliau sendiri tidak mempunyai kemahiran yang dapat dibanggakan dalam urusan perniagaan dan patut merasa malu kerana Kerajaan Pakatan Rakyat tidak membuat sebarang keuntungan dengan mengambil keputusan untuk tidak memperdagangkan pendidikan seperti mana yang Umno lakukan.
*** Azmizam Zaman Huri adalah Naib Ketua AMK Pusat




























