Isu ‘Sugarbook’; Kita Ambil Berat Suara Mahasiswa Islam.

219

Apatah lagi, mereka inilah yang paling mengenali dan selalu terkehadapan dalam isu-isu sosial dan kebajikan melibatkan mahasiswa.

Terima kasih saya ucapkan kepada kepimpinan mahasiswa daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) yang diketuai oleh Saudara Mohd Izzuddin Aziz selaku Timbalan Presiden kerana berusaha untuk hadir ke pejabat saya.

Dalam pertemuan tersebut, mereka telah menyerahkan satu kertas kerja penuh mengenai cadangan solusi isu Sugarbook.

Untuk makluman, kita telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Tindakan Khas Menangani Masalah Sosial Mahasiswa kali kedua pada 9 Mac yang lepas.

Pada masa ini, lebih 500 program intervensi yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak universiti bagi menangani isu moral mahasiswa.

Tinggal lagi, Jawatankuasa ini akan menyemak kembali impak program-program yang telah diadakan dan akan menyiapkan pelan cadangan program intervensi yang lebih menyeluruh kepada mahasiswa di IPTA dan juga di IPTS.

Pelan ini akan dirangka bagi tempoh jangka masa pendek dan jangka masa panjang serta akan melibatkan pelan merentas kementerian.

Sememangnya, budaya “Sugardating” adalah satu masalah sosial yang perlu dibendung kerana ia melibatkan pergaulan yang tidak bermoral antara lelaki dan wanita, yang boleh menjurus kepada hubungan seksual luar nikah serta melibatkan pertukaran maruah dengan keuntungan berbentuk wang.

Jika ada mahasiswa yang membaca makluman ini, kongsikan juga idea dan cadangan anda di ruangan komen untuk kami pertimbangkan.

Kita memerlukan lebih banyak maklum balas agar perancangan dan dan solusi yang ingin diketengahkan tepat dan sesuai dengan sasaran. InsyaAllah.

Ustaz Marzuk Saary
Exco Pemuda PAS
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri