Isu Bekalan Air; Semua Buat-buat Tak Nampak

1305

Oleh : Ahmad Amzad Hashim

Kecoh juga isu air di negeri orang.

Di negeri Terengganu banyak juga orang merungut masalah bekalan air paip.

Ada yang merungut pasal tekanan air rendah, air paip ‘slow’. Air berkeladak keruh. Yang pakai penapis yang besar-besar di luar rumah, pagi ‘flush’ cuci ‘filter’, petang bila ‘flush’ lagi keluar air coklat pekat juga.

Di kampung saya, Durian Burung, macam kerap sikit berlaku gangguan bekalan air.

Screenshot (1497)Semalam ada berbual dengan beberapa orang. Katanya ada masalah besar yang tunggu masa saja jadi isu besar dalam hal pengurusan air ini.

Terengganu bukan ada masalah sumber air. Tasik Kenyir sahaja boleh cukupkan bekalan air untuk negeri lain juga.

Masalah pada pengurusan sumber air. Masalah bekalan air terawat yang sudah diproses dan boleh disalur kepada pengguna.

Perancangan dan persediaan jangka panjang.

Adakah sebarang Rancangan Strategik Mampan Jangka Panjang Pengurusan Bekalan Air Terengganu?

Paip paip lama yang bersaiz tidak sesuai. Loji pemerosesan rawatan air yang sudah terlalu berusia. Kapasiti yg tidak cukup. Teknologi. Inovasi.

Sebahagian loji air ada yg berusia sejak zaman penjajah abad ke 18 dengan penambahan mesin dan jentera mengikut keperluan.

Jangan asyik nak barukan cat biru pada batang paip jalan sahaja.

***HJ AHMAD AMZAD HASHIM adalah Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu