

Istanbul mengambil tempat kesembilan, dan Antalya berada di tangga ke-11 dalam senarai bandaraya terkemuka yang menjadi destinasi pelancongan dunia.
Pemantau jumlah ketibaan pelancong, Euromonitor, menyatakan demikian dalam laporan yang dikeluarkan pada hari Jumaat, turut menyenaraikan Artvin Turki, destinasi Laut Hitam, di tempat terakhir.
Wouter Geerts, penganalisis perjalanan di Euromonitor di London, menyatakan bahawa bandar-bandar utama seperti Istanbul dan Antalya mengalami peningkatan kedatangan pelancongan pada tahun 2014, walaupun berada hampir dalam kawasan ketegangan geopolitik.
Beliau berkata prestasi positif ini terus menunjukkan pertumbuhan ekonomi di destinasi utama yang disenaraikan.
“Ketibaan palncong terus berkembang di bandar-bandar global pada tahun 2014, menggambarkan kepentingan ekonomi pelancongan ke bandar-bandar di dunia,” Geerts berkata.
Hong Kong kekal pada slot nombor satu dalam ranking kerana ia menjadi destinasi utama untuk tempoh lima tahun lalu, menurut laporan itu.
London mengikuti di tempat kedua dan Singapura di tempat ketiga.
Istanbul menokok sehingga dua tempat untuk menyertai 10 kedudukan teratas di kedudukan nombor sembilan, dengan peningkatan 13.2 peratus dalam jumlah pelancong kepada 11.8 juta pada tahun 2014.
Laporan itu menyatakan bahawa peningkatan bilangan pengunjung yang datang ke Istanbul dari Teluk dan negara-negara Arab , kerana mereka berasa duduk seperti di rumah di bandar.
Pertumbuhan ekonomi Turki yang semakin meningkat juga menarik ramai ahli perniagaan ke bandar terbesar di negara itu.
Antalya menarik 11.1 juta pelancong ke pusat peranginan mewah dan pantai terkenalnya.
Dan Artvin menarik 1.8 juta orang pelancong pada tahun 2014, hanya sedikit di belakang Taichung di Taiwan.