Iran Lancar Aplikasi Temu Janji Mendorong Perkahwinan

99

Iran telah melancarkan aplikasi ‘teman Islam’ yang bertujuan untuk memudahcara perkahwinan yang berkekalan dan bermaklumat’ bagi anak mudanya.

Dipanggil Hamdam dalam bahasa Farsi bermaksud pendamping, menawarkan perkhidmatan ini membolehkan pengguna mencari dan memilih pasangan mereka.

Menurut Ketua Polis Maya Negara, Kolonel Ali Mohammad Rajabi, ia adalah satu-satunya ‘platform’ yang disetujui dan diluluskan di Republik Islam itu.

Katanya, walaupun banyak aplikasi temu janji popular di Iran, Rajabi mengatakan semua platform lain selain Hamdam adalah haram.

“Dibangunkan oleh Institut Kebudayaan Tebyan, sebahagian dari Organisasi Propaganda Islam Iran, Hamdam menggunakan ‘kecerdasan buatan’ untuk mencari padanan hanya untuk ‘orang bujang’ yang ingin berkahwin kekal dan pasangan tunggal,” menurut
Laporan televisyen yang dikendalikan oleh kerajaan pada hari Isnin.

Sementara itu, Ketua Institut Tebyan, Komeil Khojasteh, ketika berbicara pada pembukaan aplikasi tersebut mengatakan, nilai keluarga terancam oleh faktor-faktor luar.

“Keluarga adalah sasaran syaitan, dan [musuh Iran] berusaha untuk memaksakan ide mereka sendiri”, katanya, sambil menambahkan aplikasi itu membantu mewujudkan keluarga “sihat”.

Menurut laman web Hamdam, pengguna harus mengesahkan identiti mereka dan menjalani “ujian psikologi” sebelum melayarinya.

Apabila padanan dibuat, aplikasi memperkenalkan keluarga masing-masing bersama kehadiran perunding perkhidmatan yang akan ‘menjadi rujukan’ pasangan itu selama empat tahun setelah menikah.