Integriti Lahir Dari Ketakwaan

105

KUALA TERENGGANU – Islam sangat mementingkan integriti yang lahir daripada ketakwaan kepada Allah SWT, kerana sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa merupakan suatu jenayah, mengundang kepada dosa besar.

Naib Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia perlu disemarakkan agar segala insiatif kerajaan kepada rakyat sampai kepada sasaran sepatutnya.

“Hal ini tidak mudah tetapi memerlukan ‘Political Will’ (kehendak politik), komitmen, kefahaman semua pihak yang boleh dilaksanakan dalam negara kita ini.

“Kaedah dan proses pelaksanaan serta peranan yang besar ini mestilah dilaksanakan dengan strategi yang tersusun dan teratur,” ujarnya.

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu itu berkata demikian ketika menyampaikan Ucaptama Peranan Gerakan Islam Dalam Pentadbiran Negara, pada Persidangan Kesatuan Ulama Islam Sedunia Dalam Sosiopolitik, pada Rabu, 24 Februari.

Katanya, setiap pelaksanaan agenda berkenaan memerlukan kepada perancangan yang teliti.

“Berstrategi dan melakukan proses penambahbaikan di setiap kesempatan.

“Gerakan Islam akan dapat bertahan sekiranya memahami kaedah dan proses pelaksanaan ini,” ujarnya.

Tambah beliau ilmu ‘Feqah Keutamaan’ perlu dikuasai dalam menyusun dan mengutamakan keperluan yang mendesak.

“Pemahaman terhadap feqah ini dimana gerakan Islam dapat menyusun dan meletakkan keutamaan daripada tuntutan-tuntutan yang ada.

“Berdasarkan kepada faktor-faktor yang tertentu. Ini sekaligus akan menjadikan gerakan Islam lebih tenang dan bersedia untuk bergerak dalam melaksakan peranannya,” tegas beliau.