Oleh Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Pada pandangan saya, kegagalan kawalan keatas sesebuah pesawat terbang kebanyakannya disumbangkan oleh empat faktor penting, iaitu kegagalan manusia, struktur pesawat, avionik dan kegagalan enjin.
Berkaitan struktur pesawat – tekanan struktur yang akan menyebabkan kegagalan, biasanya boleh dikesan lebih awal sekiranya proses penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) adalah sebagaimana dalam rekod perkhidmatan.

Berkait dengan kegagalan struktur dalaman pesawat boleh juga diakibatka dari letupan dan bagi insiden MH370, situasi ini adalah yang paling munasabah sebab kegagalan panggilan kecemasan dari juruterbang menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang tidak berkenaan berlaku secara tiba-tiba.
[Gambar – Kesan tumpahan minyak yang dijumpai di kawasan 100 batu nautika dari pantai Tok Bali yang disyaki milik pesawat MH370 yang dilaporkan hilang di perairan Laut China Selatan selepas bertolak kira-kira dua jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada awal pagi semalam.]
Setakat ini kita tak tahu samada ada panggilan kecemasan dibuat atau tidak, kecualilah juga pada masa itu berlaku kegagalan avionik.
Namun kegagalan avionik, biasanya kegagalan sistem komunikasi dalam pesawat amat jarang berlaku.
Kalau berlaku pun, dalam kedudukan ketinggian tersebut, pesawat masih boleh meluncur selama 30 minit, samada kembali ke Kota Bharu atau menuju pantai Vietnam.

Manakala kegagalan enjin – sekiranya kepupusan bahan api pada kedududukan yang tinggi tersebut, pesawat masih boleh meluncur, kecuali berlaku letupan pada enjin pesawat.
Pada kedudukan yang tinggi, sekiranya pesawat menjuman secara muncungya ke dalam laut, tekanan permukaan air akan menyebabkan pesawat berkecai pecah teruk dan sisa pecahan akan bertaburan. Ini masih belum diketahui.
**** Dr Ahmad Samsuri Mokhtar adalah Bekas Ketua Jabatan Aero Angkasa Universiti Putra Malaysia (UPM), beliau meninggalkan kerjaya akademik tersebut untuk berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
http://www.youtube.com/watch?v=lao409KnFLI&feature=share&list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q





























