KUALA TERENGGANU – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) digesa untuk mengkaji secara holistik sebelum bertindak mengeluarkan sebarang pemberian lesen import (AP) sisa plastik.
Yang Di-Pertua PAS Kawasan Kemaman , Ustaz Che Alias Hamid berkata kajian tersebut yang melibatkan pihak menteri dan agensi berkaitan serta NGO seperti Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS).
“Kajian berkaitan impak terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar dengan pengimportan sisa plastik dari negara maju dimana laporan tersebut juga perlu didedahkan kepada umum,” ujarnya.
Beliau berkata demikian di dalam kenyataannya yang dikeluarkan pada 16 Januari.
” Semasa sesi penerangan pengurusan sisa import plastik semalam bahawa kerajaan hanya membenarkan sisa plastik skrap yang bersih sahaja yang boleh diimport manakala plastik sampah sama sekali tidak dibenarkan, ” tambahnya.
Ironinya, menurut Ahli Parlimen Kemaman itu, Malaysia belum lagi mempunyai teknologi pemprosesan bahan plastik dan kawalan pencemaran alam sekitar khususnya untuk bahan sisa plastik yang baik.
” Pada masa yang sama, kerajaan perlu mengurus sisa sampah plastik import kilang haram sebelum ini dengan efektif dan efisien supaya tidak menjejaskan kesihatan manusia dan alam sekitar dengan pertambahan sampah di negara kita,” katanya lagi.





























