Imam dan Bilal Jadi ‘Model’

2449

KUALA TERENGGANU – Iman dan bilal hendaklah menjadi model dalam usaha melaksanakan kempen berhenti rokok di kalangan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, YB Dr Alias Razak berkata, golongan tersebut adalah yang nenjadi ikutan oleh masyarakat ketika melakukan ibadat seperti solat di masjid.

“Kalau imam rukuk makmum pun rukuk… kalau imam sujud makmum pun sujud,

“apa salahnya kalau imam dan bilal berhenti merokok,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan MQUIT Smoking di Masjid dan surau peringkat negeri Terengganu pada Rabu, 6 Jun.

Katanya, kerajaan telah mewartakan kawasan merokok seperti perkarangan masjid, hospital dan kawasan peranginan seperti pantai Batu Buruk.