Terengganu, Malaysia
Pendapat

Iftar Serikandi Kasih Sayang

6

Buat julung kalinya, Briged Muslimat Terengganu menghimpunkan hampir 35 orang ahlinya di dalam Iftar Serikandi Kasih Sayang di Lagun Kuala Ibai, Kuala Terengganu pada Khamis, 8 Jum 2017 yang lepas.

Dengan berkonsepkan potluck dan berseragam hitam merah, mereka berkumpul bersama-sama berukhuwwah dan mendengar taujihat khas yang disampaikan oleh Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Terengganu (DMPNT), YM Tuan Roslina Tuan Sulaiman.

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِه
“Barangsiapa yang berpuasa kerana iman dan berharap ganjaran dari Allah SWT maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Bukhari dan Muslim).

Daripada hadis itu, Tuan Roslina atau lebih mesra dipanggil Che Na menjelaskan ciri-ciri orang yang beriman yang menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan. Di bulan mulia ini juga pahala amalan dilipatgandakan. Segala kebaikan dan kebajikan yang dilakukan akan dihitungkan Allah nanti bagi merebut untung di akhirat kelak.

Iftar Serikandi Kasih SayangPertamanya, dengan perbanyakkan bersedekah dengan sentiasa mencari peluang untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan. Derma atau sedekah merupakan pertukaran hak milik sementara kepada hak milik kekal di Akhirat. Keduanya, menunaikan solat terawih bersungguh-sungguh yang khusus ada di bulan Ramadhan sahaja. Ketiganya, memberi makan orang berbuka puasa, tidak kira dengan duit atau berkongsi makanan.

Che Na juga berpesan agar perbanyakkan berdoa setiap masa di bulan ini kerana doa orang berpuasa amat mustajab, selain mengambil kira waktu-waktu mustajab untuk berdoa. Seterusnya, berusahalah mencari Lailatul Qadar, malam yang seribu kali ganda kebaikan.

Che Na juga menerangkan ciri-ciri orang yang berpuasa dengan penuh keimanan adalah pertamanya, menjaga diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa dan yang boleh mengurangkan pahala puasa. Kedua, berusaha sepenuh hati merebut peluang kebajikan dan kebaikan yang ada. Ketiga, konsisten membuat kebaikan walaupun telah berakhirnya Ramadhan.

“Briged Muslimat ini merupakan antara pejuang agama Allah dan memegang amanah yang berat. Walaupun pakaian Briged lasak, namun mestilah menampilkan ciri-ciri muslimah seperti berpakaian longgar dan tudung yang labuh. Solat juga mestilah diutamakan, walau sesibuk mana pun Briged menjalankan tugas”

Iftar Serikandi Kasih Sayang“Selain itu, Briged mestilah pandai menjaga ikhtilat bila berkomunikasi dengan muslimin ketika menjalankan tugasan. Ini penting bagi mengelakkan salah faham dan menunjukkan profesional menjalankan tugasan.

“Akhir sekali, Briged mestilah meletakkan niat bertugas semata-mata kerana Allah. Walau sebesar atau seberat mana amanah, apabila niat kerana Allah, pasti akan diberi pertolongan oleh-Nya,” ujar Che Na menutup tazkirah Ramadhan yang banyak memberi input dan semangat kepada para petugas.

“Alhamdulillah, sahabat petugas dari jauh dan dekat sudi hadir menjayakan program Ifthar ini. Mereka gembira dapat berkumpul bersama dalam suasana santai dan berbuka bersama. Ikatan hati ini penting bagi kami agar sentiasa kuat dan bersemangat di dalam perjuangan ini”

“InsyaAllah pelbagai program telah disusun khusus untuk Briged Muslimat selepas ini bagi memastikan mereka ini adalah yang terbaik dan aset untuk jemaah. Doakan kami,” ujar Ida Haryati, Ketua Briged Muslimat Terengganu mengakhiri pertemuan.
Iftar Serikandi Kasih Sayang

 

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan