Ideologi PAS menurut Islam, Jangan Berbalah

337

Wawasan Induks Negara Sejahtera (WINS) adalah satu sistem yang membezakan ideologi parti-parti politik yang lain untuk mengangkat manusia sebagai khalifah di bumi ini, demikian penegasan oleh wakil Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Afnan Hamimi Taib Azzamuddin.

Manusia jika dibina untuk pembangunan, akan pasti digunakan bagi mencari keuntungan, wang, kedudukan sahaja, tetapi PAS melaksanakan pembangunan untuk manusia bagi memberikan kehidupan yang lebih baik.

Dalam ideologi lain, manusia dianggap sebagai satu alat bagi mencari kesenangan dunia yang bukan Allah mahukan, tetapi sistem mereka itu, tiada asas agama yang boleh memandu mereka.

“Kedah pada mulanya ialah dianggap negeri yang mundur, sebagaimana Kelantan pada awal 90-an. Tetapi hari ini dibuktikan bahawa Negeri Kedah membawa pelaburan tertinggi di Malaysia.

Ini menunjukkan bahawa manusia bukan alat bagi pembangunan dunia semata-mata,” tegas beliau.

Dalam aspek pendidikan, barat menganggap sistem mesti mengikut KPI yang mana tiada ruh pembangunan dalam diri manusia itu, sama seperti sosial yang mereka mengamalkannya dengan begitu bebas.

PAS mengakui menghadapi kesukaran mengubah sistem bukan Islam yang berakar kukuh yang ada sekarang dengan mencari formula bagi menjadikan sistem pemerintahan yang ada lebih baik jikapun tidak dapat ditukar.

Bagi membina Malaysia Sejahtera, DPPM telah menawarkan sembilan tawaran kepada golongan muda sebagaimana yang telah diumumkan oleh Ketua DPPM sewaktu Muktamar DPPM Khamis lalu.

Jangan berbalah

Apabila Presiden menyebut berkenaan perbalahan, bermakna sememangnya ada perbalahan yang benar-benar berlaku di kawasan-kawasan, demikian keyakinan oleh wakil as-Sabiqun PAS Pusat, Ustaz Ismail Mohamad.

Sehinggakan ada yang menyaman sesama sendiri, berpandukan pengalaman beliau yang sudah lama berada dalam PAS.

Kekecewaan beliau dilanjutkan dengan ada kawasan yang beliau dakwa masih gagal mengadakan usrah, walaupun Mesyuarat Agung PAS Kawasan sudah lama berlangsung, sambil beliau memaklumkan yang beliau masih memegang jawatan naqib usrah di kawasan beliau.

40 tahun beliau tidak pernah merasakan sebarang kerusi di peringkat nasional, menjadi kerajaan serta seorang demi seorang telah meninggal rakan-rakannya, dan sekarang, zaman orang muda yang sedang merasai nikmat kemenangan.

Beliau mengharapkan agar kemenangan ini dijaga untuk Islam terus berkembang dengan sempurna dan tiada perbalahan yang tidak sepatutnya berlaku lagi.